More

    Menteri KKD: Berita baik berkaitan telekomunikasi untuk B40 dan M40 menjelang Krismas ini

    Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia mengumumkan berita baik berhubung telekomunikasi bagi membantu mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup terutama bagi kumpulan B40 dan M40 di Malaysia sebelum Krismas. Menteri KKD, Fahmi Fadzil berkata berita gembira itu akan berkisar tentang harga internet dan caj telefon di negara ini.

    Seperti yang dilaporkan, Fahmi menegaskan kementeriannya sedang meneliti isu caj internet dan telefon. Selain itu, KKD juga akan memberi penekanan kepada meningkatkan ketersambungan dan akses yang menurutnya jauh lebih penting.

    Fahmi seterusnya menjelaskan bahawa banyak gesaan telah dibuat oleh media sosial awam agar beberapa perkara diteliti terutama kos dan kualiti perkhidmatan. Daripada segi ketersambungan, beliau menjelaskan beberapa kawasan menghadapi masalah perkhidmatan kerana tidak semua operator rangkaian mudah alih (MNO) beroperasi di kawasan tersebut.

    Menteri KKD itu mendedahkan kajian telah dibuat supaya langkah segera dan sewajarnya dapat diambil untuk membantu rakyat baik daripada segi harga mahupun kualiti perkhidmatan. KKD juga mengambil berat tentang isu yang melibatkan rangkaian 4G dan 5G dengan Fahmi menegaskan bahawa rakyat bukan sahaja mahukan perkhidmatan yang lebih murah tetapi juga perkhidmatan yang lebih baik.

    Adakah anda tidak sabar untuk mengetahui apa yang ditawarkan? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured