More

    Pengguna Maxis boleh tukar SIM fizikal kepada eSIM terus pada iPhone

    Sebelum ini, kami melaporkan kemas kini iOS 16.2 yang membawa bersama sambungan 5G untuk semua iPhone yang disokong di Malaysia. Nampaknya kemas kini itu turut membawakan satu lagi ciri untuk pelanggan Maxis di negara ini iaitu keupayaan menukar SIM fizikal kepada eSIM terus pada iPhone.

    Ciri ini dipanggil “Pemindahan Pantas eSIM” dan ia juga membolehkan pelanggan Maxis memindahkan eSIM sedia ada daripada peranti lama mereka ke iPhone atau iPad baharu tanpa perlu pergi ke pusat Maxis. Menurut laman web rasmi Maxis, untuk menukar SIM fizikal kepada eSIM pada iPhone, anda perlu mengikuti langkah berikut:

    1. Pergi ke Tetapan
    2. Pilih Data Mudah Alih
    3. Pilih “Tukar kepada eSIM”
    4. Ikut arahan pada skrin
    5. Masukkan nombor ID pemilik dan alamat e-mel di halaman web mudah alih Maxis eSIM Transfer

    Selepas itu, masukkan OTP SMS daripada Maxis dan skrin akan muncul yang mengatakan “pemindahan eSIM berjaya”. Ambil perhatian bahawa pada masa ini ia tersedia untuk pengguna Maxis yang menggunakan iPhone 11 dan iOS 16.2 yang lebih baharu.

    Memandangkan ciri tersebut adalah sebahagian daripada versi iOS terkini, syarikat telekomunikasi lain mungkin mengikuti dan menawarkan perkhidmatan ini kepada pelanggan mereka juga. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: LowYat.net

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...