fbpx
More

    Kesatuan Eropah mungkin wajibkan penggunaan bateri boleh tanggal, cegah pencemaran alam

    Selepas mewajibkan semua telefon pintar, tablet dan komputer riba menggunakan port pengecasan USB-C, Kesatuan Eropah (EU) kini telah bersetuju dengan undang-undang dan peraturan baharu yang bertujuan menjadikan bateri lebih berkualiti, tahan lama dan boleh digunakan semula.

    Peraturan baharu ini akan memberikan cabaran baharu untuk syarikat teknologi pengguna dan pengeluar bateri kerana undang-undang baharu itu merangkumi keseluruhan kitaran hayat bateri termasuk pengekstrakan bahan, pengeluaran perindustrian serta pelupusan.

    Mulai awal 2024, pengeluar bateri di EU perlu melaporkan jumlah jejak karbon produk mereka daripada perlombongan hingga kitar semula. Data kemudiannya akan digunakan untuk menetapkan had CO2 maksimum bateri yang akan berkuat kuasa seawal Julai 2027.

    Mereka perlu menggunakan peratusan tertentu bahan kitar semula iaitu 16% kobalt, 85% plumbum, 6% litium dan 6% nikel. Peraturan ini bukan sahaja menilai jejak karbon, tetapi syarikat yang terlibat dalam proses pembuatan bateri di EU juga dikehendaki mengenal pasti, mencegah dan menangani isu hak asasi manusia dan buruh dalam rantaian bekalan mereka.

    Peraturan bateri EU baharu yang sedang menunggu kelulusan akhir pasti memberikan cabaran serius kepada syarikat elektronik seperti Apple, Google dan Samsung kerana mereka perlu memikirkan semula reka bentuk peranti.

    Pengeluar bateri seperti Panasonic dan pembekal SDI Samsung juga akan terjejas serta semua syarikat yang berurusan dengan bateri perlu mula bersedia untuk undang-undang baharu. Pemilik syarikat perlu menyemak rantaian bekalan dan operasi seiringan dengan sasaran untuk membantu pengitaran semula.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X