More

    Hasil jualan syarikat pengeluar telefon pintar mengalami penurunan kecuali Apple

    Tahun ini merupakan tahun yang sukar untuk pengeluar telefon pintar menjual produk mereka kerana ramai orang memilih untuk kekal dengan peranti sedia ada. Laporan baharu kini mendedahkan betapa buruknya keadaan itu untuk pengeluar telefon pintar.

    Penemuan daripada Perkhidmatan Pemantau Pasaran Counterpoint telah mendedahkan bahawa hasil pasaran telefon global menurun sebanyak 3% tahun-ke-tahun (YoY) pada suku ketiga (Q3) 2022. Selain itu, pasaran telefon keseluruhan menyaksikan penurunan sebanyak 12% YoY dalam penghantaran stok telefon bagi suku tersebut.

    Menurut penyelidikan, Apple dapat menghalang penurunan yang lebih menjunam dalam hasil pasaran telefon global disebabkan oleh syarikat itu melancarkan siri iPhone 14 tahun ini. Apple dilaporkan menyaksikan pertumbuhan hasil YoY sebanyak 10% dan pertumbuhan harga jualan purata (ASP) sebanyak 7% pada Q3 2022.

    Bagi pesaing Apple, hasil Samsung merosot sebanyak 4% YoY pada Q3 2022 walaupun hampir menggandakan penghantaran siri Flip dan Fold premiumnya. OPPO menyaksikan penurunan ASP sebanyak 5% YoY dan penurunan hasil sebanyak 27% YoY. Namun, Xiaomi berjaya memperoleh sedikit keuntungan menyaksikan pertumbuhan hasil sebanyak 4% YoY.

    Laporan itu juga menyebut bahawa telefon bimbit 5G berjaya meningkatkan ASP sebanyak 10% YoY kerana penjualan peranti Apple. Laporan ini boleh menjadi kesan daripada kejatuhan ekonomi. Apabila inflasi melambung tinggi, pengguna yang biasanya membeli telefon baharu memilih untuk tidak melakukannya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Counterpoint Technology Market Research

     

    Artikel Terkini

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Google Earth kini boleh hasilkan visual sejarah, infografik dan pelan bangunan menerusi AI

    Google secara rasmi melancarkan integrasi keupayaan jana imej berasaskan AI menerusi model Nano Banana 2 ke dalam platform Google Earth versi web....

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia...

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured