More

    Kerjasama HUAWEI hasilkan kereta elektrik Avatr 11, dalam proses pengeluaran besar-besaran

    Kumpulan pertama SUV elektrik mewah Avatr 11 dan 011 dilancarkan untuk barisan pengeluaran di Chongqing, China. SUV ini adalah projek bersama antara Changan, HUAWEI dan CATL. Penghantaran besar-besaran akan bermula bulan ini. Ukuran badan Avatr 11 ialah 4880 x 1970 x 1601mm dengan jarak roda 2975 mm.

    Penjana kuasanya terdiri daripada dua motor elektrik yang dibuat oleh HUAWEI dengan output gabungan 425 kW (578 hp) dan 650 Nm. Bagi bateri, Avatr 11 terdapat dua pilihan. Varian yang pertama mempunyai bateri ternary (NMC) untuk 90.38 kWj bagi jarak 555 km CLTC. Bagi yang kedua, ia juga ternery dengan kapasiti 116.79 kWj.

    Mengikut imej yang dipaparkan dalam kilang, warna yang paling popular kelihatan seperti hijau, kelabu dan merah. Selain Avatr 11, terdapat juga Avatr 011 MMW di mana ia adalah edisi khas direka bersama Givenchy. Ia tersedia dalam warna hitam dan terhad kepada 500 unit.

    Mulai Mac 2023, pemilik Avatr 11 dilaporkan akan mendapat akses kepada teknologi pemanduan autonomi yang dibangunkan oleh HUAWEI melalui kemas kini dalam talian. Avatr 11 juga akan dijual secara rasmi di kedai utama HUAWEI di Beijing dan Shenzhen dengan harga antara 349,900 – 409,900 RMB (~RM222,388 – 260,523).

    Bagi harga Avatr 011 MMW pula ia mampu mencapai 600,000 RMB (~RM381,400). Adakah anda berminat dengan kereta elektrik ini jika ia dipasarkan di Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: CarNewsChina

     

    Artikel Terkini

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured