More

    Maybank lancarkan ciri Duitnow Request, pengguna boleh minta bayaran daripada orang lain

    Hari ini, Maybank telah melancarkan ciri baharu dalam aplikasi Maybank2U dan MAE iaitu Duitnow Request. Ciri ini dapat membantu pelanggan Maybank untuk meminta sejumlah wang daripada orang lain. Dalam erti kata lain, anda dapat menggunakannya untuk meminta kembali duit atau hutang daripada kenalan anda.

    Untuk menggunakannya, anda perlu menetapkan nilai yang anda inginkan dan menghantar permintaan tersebut kepada pengguna lain. Tiada sebarang caj yang dikenakan jika anda membuat permintaan menggunakan Duitnow Request untuk jumlah bawah RM5,000, namun caj 50 sen untuk jumlah yang melebihi angka tersebut.

    Buat masa ini, ciri Duitnow Request menyokong transaksi antara bank seperti Standard Chartered, Bank Islam, Bank Muamalat, Citibank, HSBC dan OCBC. Pengguna boleh menggunakan ciri ini di dalam aplikasi Maybank2u atau MAE dengan memilih kategori Send and Request dan pilih Duitnow Request.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured