More

    Maxis luaskan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G ke 29 negara

    Pelanggan Maxis kini boleh gunakan perkhidmatan perayauan (roaming) 5G di 29 negara, selepas syarikat telekomunikasi itu mengesahkan bahawa mereka telah mengembangkan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G ke negara-negara tersebut.

    Sebelum ini, Maxis merupakan syarikat telekomunikasi tempatan pertama yang menyediakan perkhidmatan perayauan 5G di luar negara, iaitu untuk pelanggan di Singapura, Thailand dan Indonesia.

    Maxis kini meluaskan perkhidmatan perayauan 5G kepada 29 negara, bagi membantu para pelanggan yang dijangka akan melancong ke luar negara sempena cuti akhir tahun.

    Apabila pelanggan berada dalam mana-mana 29 negara ini, perkhidmatan perayauan 5G akan diaktifkan secara automatik dalam mana-mana peranti yang menyokong 5G, manakala bayaran pula akan dikenakan mengikut pakej perayauan 4G sedia ada.

    Untuk melanggan, pelanggan boleh mengakses aplikasi Maxis dan klik pada Maxis Roaming dalam tab perkhidmatan untuk melanggan pelan pilihan mereka. Selain itu, pelanggan juga boleh dail *100#, pergi ke “Roaming”, pilih “Country” dan pilih satu pas yang tersedia. Malangnya, Maxis merupakan syarikat telekomunikasi tempatan terakhir yang masih belum menyediakan perkhidmatan 5G untuk para pelanggannya di Malaysia.

    Layari laman web Maxis untuk maklumat lanjut mengenai perayauan antarabangsa 5G. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured