More

    Xiaomi bakal umumkan siri Redmi K60 pada 27 Disember ini

    Xiaomi akan mengumumkan barisan Redmi K60 pada 27 Disember ini di China. Jenama itu mengesahkan tarikh itu di Weibo dan turut mendedahkan siri baharu itu tidak akan mempunyai versi Gaming.

    Siri ini akan menyertakan telefon K60 dengan tiga kamera di bahagian belakang termasuk kamera periskop yang akan menjadi yang pertama untuk jenama Redmi. Dalam satu kiriman acahan di halaman Weibo Redmi, syarikat itu menyatakan prestasi telefon pintar utamanya kini cukup baik untuk permainan mudah alih dan tidak memerlukan versi khusus.

    Terdapat empat hari lagi sebelum acara perasmian telefon tersebut dan mungkin akan banyak lagi butiran dan spesifikasi yang didedahkan secara rasmi oleh Redmi. Pengurus Redmi, William Lu mendedahkan salah satu telefon berkemungkinan Redmi K60 standard akan mempunyai cipset Dimensity 8200.

    Khabar angin menyebut bahawa cipset Snapdragon 8+ Gen 1 akan digunakan pada Redmi K60 Pro tetapi kita perlu menunggu sehingga Selasa ini untuk pengesahan rasmi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Weibo Redmi

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured