More

    Xiaomi patenkan teknologi bateri baharu, penyejukan tambahan untuk kereta elektrik

    Xiaomi sedang mengusahakan Electric Vehicle (EV) sendiri dan telah mempamerkan sistem pemanduan sendiri yang mengagumkan yang dipanggil Pilot Technology. Laporan terbaharu hari ini mendedahkan mengenai teknologi bateri dan paten terbaru daripada Xiaomi.

    Menurut dokumen yang diterbitkan oleh pejabat paten China, Xiaomi telah menghasilkan beberapa idea bernas untuk menyejukkan bateri EV. Bateri EV biasanya mengalami isu kepanasan dan akan menjejaskan prestasi, pengecasan pantas, kesihatan bateri dan juga keselamatan.

    Paten yang diterbitkan adalah dalam bahasa Cina tetapi daripada apa yang boleh difahamkan ialah terdapat penyejuk yang mengalir di antara setiap baris sel dan penyejuk dilepaskan dari kedua-dua belah. Pada asasnya, setiap baris disejukkan oleh dua papan penyejuk cecair yang meliputi kawasan penyejukan yang lebih besar dan memberikan aliran penyejuk yang lebih baik.

    Hasilnya, Xiaomi menjanjikan prestasi yang lebih baik, kecekapan, keselamatan, jangka hayat dan kesihatan bateri serta pengecasan yang lebih pantas. Paten itu tidak menyebut sebarang nombor model dan kita perlu menunggu sebelum Xiaomi mengumumkannya secara rasmi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured