More

    HONOR Pad V8 Pro dilancar: Dimensity 8100, RAM 12GB dan skrin LCD 12.1″ 144Hz bermula ~RM1,651

    HONOR Pad V8 Pro telah dilancarkan di China semalam bersama HONOR 80 GT. Tablet ini mempunyai beberapa spesifikasi premium yang sesuai untuk tugasan kerja mudah alih.

    HONOR Pad V8 Pro mempunyai paparan LCD 12.1 inci dengan resolusi 2.5K, kecerahan 600 nits dan bezel nipis di sekeliling skrin. Ia merupakan tablet pertama di dunia yang menampilkan kadar penyegaran adaptif 144Hz, pensijilan IMAX Enhanced dan teknologi perlindungan mata cahaya semula jadi. 

    Untuk bahagian audio, peranti ini dilengkapi dengan lapan pembesar suara untuk pengalaman audio yang mengasyikkan. Peranti ini mempunyai kamera 13MP dan flash LED dalam potongan pil pada panel belakang manakala di bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 5MP.

    Peranti ini serasi dengan Magic Pencil 3 dan papan kekunci Smart Touch. Selain itu, ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8100, RAM 12GB, storan 256GB dan bateri 10,050mAh dengan pengecasan pantas berwayar 35W. Spesifikasi lain termasuk perisian MagicOS 7.0, sambungan WiFi dan Bluetooth 5.2

    HONOR Pad V8 Pro menawarkan warna Star GreyBurning Orange dan Clear Sky Blue. Tablet bermula pada RMB 2,599 (~RM1,651) untuk 8GB + 128GB, RMB 2,899 (~RM1,842) untuk konfigurasi 8GB + 256GB dan RMB 3,299 (~RM2,096) untuk 12GB + 256GB. 

    Sehingga kini, kami masih tidak ketahui kehadiraanya untuk pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured