fbpx
More

    Samsung tawarkan sarung perlindungan dengan pelbagai fungsi menarik untuk Galaxy Z Fold4!

    Setiap kali telefon pintar baharu dikeluarkan pasti ianya hadir dengan aksesori seperti pelindung skrin dan sarung telefon. Kegunaannya adalah untuk meningkatkan keselamatan, mengurangkan kerosakan dan mengekalkan kesempurnaan badan telefon itu sendiri. Terdapat banyak sarung telefon yang dijual oleh pihak ketiga di pasaran.

    Sesetengah daripadanya adalah murah manakala yang lain menawarkan banyak fungsi atau reka bentuk yang menarik. Kami akan memperkenalkan sarung telefon pintar rasmi daripada Samsung. Selain meningkatkan keselamatan Samsung Galaxy Z Fold4, sarung ini juga mempunyai fungsi yang berbeza untuk dipilih oleh pengguna.

    Sarung Slim Standing untuk Galaxy Z Fold4

    Sebagai telefon lipat, Samsung Galaxy Z Fold4 menyokong Mod Flex yang membolehkan pengguna untuk melipatnya separuh ketika menonton video dan diletakkan di atas meja. Tetapi sarung telefon Slim Standing Samsung Galaxy Z Fold4 membolehkan skrin Samsung Galaxy Z Fold4 dibuka sepenuhnya dan berdiri ketika menonton video.

    Reka bentuk sarung Slim Standing adalah sangat nipis dan ringan serta hadir dengan dua komponen. Selepas dipasang, ia tidak akan meningkatkan ketebalan dan berat telefon bimbit dengan terlalu ketara. Daripada segi padanan warna, sarung Slim Standing mempunyai dua pilihan iaitu hitam dan kuning.

    Di samping itu, sarung Slim Standing mempunyai pelekat magnetik supaya apabila kakinya ditutup, ia boleh melekat pada bahagian belakang telefon tanpa longgar. Walau bagaimanapun, jika sarung Slim Standing berdiri tegak, mod landskapnya adalah bertentangan dengan mod landskap yang terdapat pada Bixby Routine. Pengguna disyorkan untuk mengaktifkan mod putaran automatik.

    Sarung Cengkaman Silikon untuk Galaxy Z Fold4

    Satu lagi sarung telefon rasmi yang diperkenalkan ialah Silicone Grip Cover dan ia juga hadir dengan dua komponen. Terdapat tali di bahagian belakang telefon dengan perkataan ‘FOLD’. Sarung Cengkaman Silikon mempunyai reka bentuk menarik dan tersedia dalam pilihan warna hitam dan putih. Disebabkan oleh ketebalan tali, Galaxy Z Fold4 lebih tebal sedikit selepas sarung telefon dipasang tetapi ia tidak menjejaskan berat.

    Fungsi sarung telefon ini sebenarnya untuk memberikan pengguna rasa yang lebih baik apabila membuka lipatan Galaxy Z Fold4. Tambahan, sarung ini membantu daripada segi pengendalian sebelah tangan ketika anda menggunakan Samsung Galaxy Z Fold4 semasa dibuka. Sarung Silicone Grip membolehkan pengguna memegang Galaxy Z Fold4 dengan mudah untuk sebelah tangan dan ia tidak menambah berat telefon dengan ketara.

    Sebagai tambahan kepada dua sarung telefon di atas, Samsung secara rasmi mereka bentuk pelbagai sarung telefon untuk Galaxy Z Fold4 seperti sarung Galaxy Z Fold4 Standing with Pen yang boleh memuatkan S-Pen, Galaxy Z Fold4 Leather Cover dan sarung Clear Edge Galaxy Z Fold4.

    Bagi pengguna yang berminat, Samsung kini secara rasmi mempunyai tawaran rebat tunai untuk sarung telefon yang disebutkan di atas dengan tawaran rebat maksimum RM104. Pengguna yang membeli Samsung Galaxy Z Fold4 juga boleh mendapatkan Galaxy Watch4 Bluetooth bernilai RM799 secara percuma sehingga 31 Disember ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia, diterjemahkan daripada TechNave CN]

     

    Artikel Terkini

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X