More

    iQOO Neo7 Racing Edition dilancar: SD 8+ Gen 1, skrin 6.78″ 120Hz dan cas pantas 120W bermula ~RM1,776

    iQOO Neo7 SE dengan Dimensity 8200 baru sahaja dilancarkan awal bulan ini dan kini iQOO sekali lagi melancarkan telefon pintar edisi perlumbaan dengan Snapdragon 8+ Gen 1. Selain daripada cipset dan harga, iQOO Neo7 Racing Edition adalah sama seperti Neo7.

    Edisi iQOO Neo7 Racing menggandingkan cipset 8+ Gen 1 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Paparan 6.78 inci menggunkaan panel FHD+ dengan sokongan HDR10+ dan kadar penyegaran 120Hz. Bahagian belakang terdapat kamera utama ISOCELL GN5 50MP, ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera utama mempunyai penstabilan imej optik (OIS).

    Bahagian hadapan pula dilengkapi kamera swafoto 16MP. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 120W. Walaupun bukan telefon permainan, edisi iQOO Neo7 Racing sememangnya mempunyai apa yang diperlukan. Terdapat juga dua motor linear paksi X untuk respon haptik yang lebih baik dan ruang wap untuk penyejukan.

    Telefon ini hadir dengan pilihan warna jingga, biru atau hitam. Ia menjalankan Android 13 dengan OriginOS 3.0. Harganya bermula CNY 2,800 (~RM1,776) untuk varian standard. Terdapat juga varian 12/256GB untuk CNY 3,000 (~RM1,905), varian 16/256GB untuk CNY 3,300 (~RM2,093) dan varian 16/512GB untuk CNY 3,600 (~RM2,284).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO Neo7 Racing Edition dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: iQOO

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured