More

    4 sebab kenapa anda perlu memiliki Samsung Galaxy Z Flip4 5G

    Adakah anda sempat untuk menikmati jualan semasa sambutan Krismas? Jika anda terlepas, jangan risau kerana beberapa tawaran dan diskaun masih lagi diteruskan. Tetapi kepada mereka yang sedang mencari telefon pintar, anda mungkin terfikir apakah telefon yang bagus untuk digunakan pada ketika ini.

    Membuat pilihan adalah mudah jika anda mempunyai bajet yang mencukupi dan ianya satu keperluan. Contohnya, telefon pintar dengan reka bentuk kulit kerang yang boleh dilipat boleh menjadi pilihan yang bagus apabila memilih peranti premium untuk seorang wanita. Oleh itu, berikut ialah 4 sebab anda perlu memiliki Samsung Galaxy Z Flip4 5G.

    Reka bentuk yang praktikal dan bergaya

    Mesti anda tertanya mengapa kami memilih Samsung Galaxy Z Flip4 5G bukan? Yang pertama adalah kerana faktor reka bentuknya. Reka bentuk kulit kerang Galaxy Z Flip4 5G menjadikan fungsinya sangat praktikal. Digandingkan dengan warna yang tersedia seperti Bora Purple, anda akan mendapat telefon pintar mudah alih yang kelihatan bergaya dan ramai mata memerhati.

    Bercakap mengenai warna, Samsung Malaysia juga menawarkan Edisi Bespoke dengan warna yang boleh disesuaikan. Anda boleh memilih warna kesukaan untuk bingkai, panel hadapan dan panel belakang yang sangat menarik! Jika anda suka reka bentuk yang tersendiri, anda pasti menyukainya.

    Spesifikasi yang berkuasa

    Walaupun saiznya yang kecil dan praktikal, Galaxy Z Flip4 5G tidak ketinggalan dalam spesifikasi perkakasan. Ia dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 8GB dan storan UFS 3.1 sehingga 512GB. Spesifikasi yang mantap ini bermakna anda boleh bermain kebanyakan game mudah alih yang mempunyai grafik tinggi tanpa sebarang masalah.

    Selain itu, Galaxy Z Flip4 5G mempunyai bateri berkapasiti 3,700mAh, set pembesar suara yang ditala oleh AKG, dwi kamera belakang 12MP dan kamera hadapan 10MP. Ia juga dilengkapi dengan panarafan kalis air IPX8. Jadi, anda tidak perlu risau jika ianya terkena air.

    Flex Mode yang memudahkan!

    Memandangkan kami menyebut tentang kamera, ciri FlexCam ialah satu lagi sebab kami mengesyorkan peranti ini. Kerana engselnya yang fleksibel, Galaxy Z Flip4 boleh dilipat pada pelbagai sudut. Ini memberi anda lebih banyak pilihan semasa mengambil foto atau merakam video terutamanya kerana ia boleh menjadi tripod sendiri.

    Terdapat juga ciri Mod Flex yang menyediakan akses lebih mudah kepada beberapa fungsi dalam aplikasi yang berbeza. Contohnya, anda boleh mempunyai kawalan main balik yang lebih besar pada YouTube Music.

    "
    "

    Saiz skrin ideal pada bahagian kamera

    Akhir sekali, Galaxy Z Flip4 5G mempunyai paparan pada bahagian kamera dengan pelbagai fungsi. Anda boleh meletakkan foto, emoji AR dan muka jam yang berbeza mengikut cita rasa anda. Anda juga boleh mengakses tetapan pantas, membalas mesej dan menambah widget tanpa perlu membuka lipatan telefon.

    Paparan pada bahagian kamera utama juga boleh mengaktifkan ciri Quick Shot yang membenarkan anda mengambil swafoto dengan menggunakan kamera belakang yang lebih tajam. Ini bermakna anda boleh memilih sama ada anda mahukan gambar biasa atau ultra lebar. Anda juga melihat pratonton gambar swafoto anda pada skrin ini dan memilih gambar yang sempurna.

    Inilah 4 sebab mengapa anda perlu memiliki Samsung Galaxy Z Flip4 5G. Secara keseluruhannya, telefon pintar boleh lipat dengan reka bentuk kulit kerang terbaru daripada Samsung telah menerima peningkatan yang ketara. Jika anda berminat, anda boleh melayari laman rasmi Samsung Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Kini, terdapat promosi untuk Samsung Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4 dengan potongan harga sehingga RM400, jaminan 1 tahun tambahan Samsung Care+ bernilai RM599 dan 3 kali penggantian filem perlindungan. Promosi sah sehingga 31 Januari 2023.

    Apakah pendapat anda tentang Galaxy Z Flip4 5G? Adakah anda akan membeli peranti ini untuk diri sendiri atau orang tersayang? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Google Earth kini boleh hasilkan visual sejarah, infografik dan pelan bangunan menerusi AI

    Google secara rasmi melancarkan integrasi keupayaan jana imej berasaskan AI menerusi model Nano Banana 2 ke dalam platform Google Earth versi web....

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia...

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured