More

    Kajian menunjukkan Apple Watch boleh kesan tahap stres dengan tepat

    Laporan terbaru daripada MyHealthyApple mendakwa bahawa Apple Watch telah terbukti keberkesanannya dalam mengesan stres. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Waterloo di Kanada, Apple Watch mampu mengukur tahap tekanan stres dengan tepat. Para penyelidik menggunakan siri Apple Watch 6 untuk kajian ini.

    Mereka mendapati terdapat perkaitan rapat antara data ECG. Ini termasuk kapasiti mengesan kelajuan degupan jantung. Para peserta melaporkan tahap tekanan mereka dan para penyelidik kemudian menggunakan maklumat untuk mencipta model ramalan. Mereka membentangkan hasil kajian menggunakan Algoritma Pembelajaran Mesin.

    Menurut hasil kajian, Apple Watch mempunyai potensi untuk meramalkan tahap tekanan. Ini kerana Apple Watch mengukur maklumat kesihatan lain termasuk maklumat tidur, aktiviti, kadar denyutan jantung, Sp02, senaman serta tahap tekanan. Semua data ini diproses untuk memberikan Apple Watch ramalan yang lebih tepat.

    Kemungkinan lain ialah Apple merancang untuk menggunakan EEG pada AirPod generasi akan datang dan menawarkan platform pemantauan kesihatan mental yang lebih mantap. Kami telah melihat beberapa penyelidikan tahun ini di mana fon telinga telah berjaya dikonfigurasikan untuk mengakses data EEG daripada pengguna.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: myhealthyapple

     

    Artikel Terkini

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    F1 kembali ke Malaysia! Sepang dipilih ganti perlumbaan Bahrain yang dibatalkan

    Litar Antarabangsa Sepang disahkan bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 pada 4 Oktober ini bagi menggantikan perlumbaan Grand Prix Bahrain yang...

    WhatsApp Web kini lengkap dengan panggilan suara, video dan “call transfer”

    WhatsApp secara rasmi memperkenalkan sokongan panggilan suara dan video terus pada perkhidmatan WhatsApp Web. Pengguna kini boleh membuat serta menerima panggilan secara...

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori "Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured