More

    Redmi 12C dilancar: Cipset Helio G85, skrin 6.71 inci, bateri 5,000mAh bermula ~RM450

    Selepas melancarkan siri Redmi K60 baru-baru ini, Redmi telah melancarkan sebuah telefon kelas permulaan terakhir untuk tahun 2022 di China iaitu Redmi 12C.

    Telefon ini menampilkan spesifikasi yang agak standard untuk sebuah telefon kelas permulaan, seperti skrin LCD berukuran 6.71 inci dengan resolusi HD+, cipset MediaTek Helio G85 dan bateri besar 5,000mAh. Bahagian belakang telefon ini diperbuat daripada plastik dan mempunyai jalur dengan permukaan kasar.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan sensor kedalaman, manakala di hadapan pula terdapat kamera 5MP dalam takuk berbentuk titisan air. Telefon ini turut dilengkapi port microUSB, bicu audio 3.5mm dan ruang kad memori microSD.

    Sistem operasinya adalah MIUI 13 berdasarkan Android 12, namun ia adalah sebuah versi yang direndahkan dan tidak menawarkan semua fungsi MIUI 13. Pilihan warna pula adalah hitam, biru, hijau dan ungu.

    Berikut adalah senarai harga untuk varian memori Redmi 12C di China:

    • 4GB+64GB: CNY699 (~RM450)
    • 4GB+128GB: CNY799 (~RM507)
    • 6GB+128GB: CNY899 (~RM570)

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured