More

    GTA 6 mungkin dilancarkan tahun ini

    Menurut ramalan sumber, adalah wajar untuk tahun ini bagi Rockstar mendedahkan butiran game GTA 6 yang menjadi berita hangat pada tahun 2022 serta tarikh keluaran yang dijangkakan. GTA 6 merupakan salah satu game yang paling ditunggu-tunggu dalam sejarah dunia gaming.

    Tom Henderson yang merupakan seorang wartawan dengan ramalan yang sering menjadi kenyataan percaya bahawa Rockstar bakal melancarkan GTA 6 pada tahun ini. Ia juga berkait rapat dengan Sony yang akan mengeluarkan PS5 Slim tahun ini.

    Mengikut sejarah Rockstar Games dan Take-Two tentang cara mengendalikan pengumuman dan keluaran game pada masa lalu, Tom Henderson menulis bahawa pengumuman 2023 akan menjadi masa yang sesuai untuk pelancaran 2024 atau 2025. Tom juga merasakan bahawa GTA 6 akan dikeluarkan pada 2024 atau 2025.

    Walau bagaimanapun, sepuluh tahun telah berlalu sejak pengumuman Grand Theft Auto V pada 2013. Tom juga mengakui bahawa tarikh keluaran untuk 2024 adalah munasabah. Tetapi jika terdapat masalah, penangguhan untuk 2025 berkemungkinan besar akan berlaku.

    Tom Henderson menyebut GTA 6 dalam konteks artikel yang diterbitkan di Insider Gaming mengenai lima pengumuman yang dia jangkakan untuk 2023. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Insider Gaming

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured