More

    Acer lancarkan siri komputer riba “gaming” baru, dilengkapi Intel Core 13th Gen dan GeForce RTX 40 Series

    Dalam temasya Consumer Electronics Show (CES) 2023 yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat, Acer telah memperkenalkan beberapa komputer riba gaming baharu dalam barisan produk Acer Nitro dan Acer Predator. Semua komputer riba ini dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk 2023, termasuklah cipset 13th Gen Intel Core dan unit pemproses grafik (GPU) komputer riba NVIDIA GeForce RTX 40 Series.

    Berikut adalah model-model baharu untuk komputer riba gaming Acer pada tahun ini yang dilancar dalam CES:

    Acer Nitro 16 dan Acer Nitro 17

    Acer Nitro 16 (AN16-51) adalah sebuah komputer riba gaming bajet dengan skrin berukuran 16 inci yang lebih besar sebanyak 5% berbanding model tahun lalu. Skrin ini mempunyai resolusi WUXGA (1920×1200) atau WQXGA (2560×1600) dengan kadar segar semula 165Hz yang menyokong fungsi NVIDIA Advanced Optimus, di mana skrin ini boleh bertukar antara grafik bersepadu (integrated graphics) dalam CPU dengan grafik khas (discrete graphics) tanpa memulakan semula komputer.

    Skrin ini turut mempunyai gamut warna sRGB 100% dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 84%. Papan kekunci komputer riba ini pula mempunyai cahaya latar RGB 4 zon untuk corak warna menarik.

    Acer Nitro 17 pula dilengkapi cipset 13th Gen Intel Core HX, manakala skrinnya berukuran 17.3 inci dan ditawarkan dalam resolusi Full HD dengan kadar segar semula 144Hz atau 165Hz, atau resolusi Quad HD dengan kadar segar semula 165Hz.

    Spesifikasi dalamannya termasuklah RAM DDR5 4800MHz 32GB, storan SSD PCIe Gen 4 2TB, GPU GeForce RTX 40 Series, Killer Wi-Fi 6 1650i, pembesar suara stereo DTS:X Ultra dan papan kekunci RGB 4 zon. Port yang ditawarkan termasuklah HDMI 2.1, kad microSD, dua Thunderbolt 4 dan tiga USB 3.2 Gen 2.

    Predator Helios 16 dan Predator Helios 18

    Predator Helios 16 (PH16-71) dan Predator Helios 18 (PH18-71) adalah siri komputer riba gaming premium oleh Acer, di mana ia boleh dilengkapi cipset 13th Gen Intel Core i9 atau Core i7 HX serta GPU GeForce RTX 4080 dengan tenaga grafik (mobile graphics power, MGP) 165W.

    GeForce 40 Series yang mempunyai seni bina Ada Lovelace ini menyediakan fungsi grafik canggih seperti ray tracing, Deep Learning Super Sampling (DLSS) 3 dan NVIDIA Reflex untuk mengoptimakan tindak balas (latency) sewaktu bermain game.

    "
    "

    Helios 16 mempunyai skrin berukuran 16 inci dengan nisbah aspek 16:10, resolusi WQXGA (2560×1600), kadar segar semula 165Hz atau 240Hz, kecerahan 1,000 nits, gamut warna DCI-P3 100% dan nisbah kontras 1,000,000:1.

    Helio 18 pula mempunyai skrin 18 inci dengan nisbah aspek 16:10, resolusi WUXGA (1920×1200) dengan kadar 165Hz atau WQXGA (2560×1600) dengan kadar 165Hz atau 240Hz, kecerahan 1,000 nits, gamut warna DCI-P3 100% dan nisbah kontras 1,000,000:1

    Memori dalam siri komputer ini terdiri daripada RAM DDR5 4800Mhz 32GB dan storan SSD NVMe PCIe Gen4 2TB dalam RAID 0. Untuk penyejukan, komputer ini dilengkapi kipas besi 5th Gen AeroBlade 3D, paip haba vektor dan gris haba besi cecair (liquid metal thermal grease) untuk meningkatkan pelesapan haba.

    Spesifikasi lain termasuklah Intel Killer E2600 Ethernet Controller, Intel Killer Wi-Fi 6E AX1675, port USB 3.2 Gen2, HDMI 2.1, Thunderbolt 4 dan pembaca kad microSD.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan semua komputer riba ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured