More

    HONOR CHOICE Earbuds X3 dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles dengan ANC berharga RM249

    Selain melancarkan telefon pintar HONOR X9a 5G dan HONOR X7a, HONOR Malaysia turut melancarkan sepasang fon telinga wayarles terbaru iaitu HONOR CHOICE Earbuds X3.

    Fon telinga ini mempunyai fungsi pembatalan hingar aktif (active noise cancellation, ANC) yang boleh membatalkan bunyi sehingga 40db untuk pengalaman audio yang lebih selesa. Ia turut mempunyai mikrofon Clear Voice Capture (CVC) 8.0 yang boleh merekod suara pengguna dengan jelas, walaupun dalam suasana bising.

    Ia boleh dihubungkan kepada telefon atau komputer dengan hubungan Bluetooth 5.2 dan boleh dihubungkan kepada dua peranti serentak. Untuk kualiti bunyi, ia mempunyai pemacu bio-diaphragm 12mm dan teknologi Qualcomm aptX untuk kualiti byunyi yang jelas.

    Baterinya berkapasiti 500mAh dan boleh bertahan sehingga 36 jam dengan pengecasan penuh. Ia turut mempunyai rating kalis air dan debu IP54.

    HONOR CHOICE Earbuds X3 akan dijual di Malaysia pada harga RM249. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured