More

    Sony sahkan stok PS5 kini semakin stabil, tiada kelewatan dalam jadual penghantaran

    Masalah kekurangan stok PlayStation 5 akhirnya selesai menurut Ketua Eksekutif Sony, Jim Ryan semasa di CES 2023. Syarikat itu juga mengumumkan bahawa ia menjual sekitar 30 juta konsol pada ketika ini. Jumlah tersebut adalah 5 juta lebih tinggi daripada kali terakhir Sony mengeluarkan nombor jualan pada bulan November.

    Semasa bercakap di atas pentas CES, Ryan mengucapkan terima kasih kepada peminat PlayStation atas kesabaran mereka kerana syarikat itu menguruskan permintaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di tengah-tengah cabaran global sejak dua tahun lalu.

    Tambahnya lagi, kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki PS5 sepatutnya lebih mudah melalui peruncit di seluruh dunia bermula dari sekarang. Sebelum ini, orang ramai mengeluh kerana ketiadaan stok PS5 kesan daripada kekurangan cip dan penjual (scalper) yang mengambil hak pembeli lain dengan menaikkan harga sesuka hati.

    Walau bagaimanapun, scalper nampaknya telah hilang minat apabila Sony menaikkan tanda harga. Di Malaysia, versi PS5 Blu-Ray dan Digital kini berharga RM2,069 dan RM2,499. Sony diharapkan tidak akan mengalami masalah ketersediaan yang sama apabila set kepala PlayStation VR2 dilancarkan pada bulan Februari nanti.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured