More

    realme sahkan GT Neo5 akan jadi telefon pertama dengan pengecasan pantas 240W

    Baru-baru ini, realme mengumumkan sistem pengecasan 240W yang pertama dalam industri telefon pintar yang mencapai tahap kuasa setinggi itu. Kini, realme telah mengesahkan bahawa telefon realme GT Neo5 akan menjadi yang pertama menggunakan pengecasan itu. 240W kini merupakan kuasa pengecasan tertinggi yang disokong oleh USB-C.

    realme menggunakan reka bentuk sama seperti palam pengecasan 100W. Penyelesaian ini menyokong input 20V 12A dan kuasa output 10V 24A. Teknologi ini menggunakan kepala pengecas mini dwi GaN 240W untuk mencapai ketumpatan kuasa tertinggi sebanyak 2.34W / CC.

    Palam pengecas menyokong protokol SuperVOOC 240W dan serasi dengan protokol PD, QC serta VOOC 65W. Telefon ini juga akan mempunyai tidak kurang daripada 13 pengesan suhu yang akan memantau proses pengecasan dan menutup pengecas jika haba melebihi paras yang ditetapkan.

    Selain itu, realme mendakwa bahawa bateri akan kekal pada tahap 80% daripada kapasiti awalnya selepas 1,600 kitaran pengecasan. realme GT Neo5 dengan pengecasan 240W akan diumumkan bulan depan. Adakah anda berminat dengan peranti ini kerana kuasa pengecasannya?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured