More

    Lenovo ThinkPhone oleh Motorola dilancar, miliki SD 8+ Gen 1 dan OLED 6.6″ 144Hz

    Lenovo ThinkPhone oleh Motorola merupakan telefon pintar buatan Motorola yang mengambil reka bentuk seperti komputer riba Lenovo ThinkPad. ThinkPhone menggunakan paparan OLED 6.6 inci dengan resolusi 2400x1080px dan kadar penyegaran 144Hz. Skrinnya juga menawarkan sokongan HDR10+.

    Ia dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipasangkan dengan RAM 8GB atau 12GB dan anda mendapat pilihan storan 128GB, 256GB serta 512GB. ThinkPhone tersedia dalam warna Carbon Black sahaja. Terdapat butang berwarna merah khas yang boleh ditetapkan untuk membuka aplikasi tertentu.

    Panel belakang direka dengan gentian aramid ringan manakala bingkainya adalah aluminium gred pesawat. Bahagian skrin disaluti perlindungan Gorilla Glass Victus. ThinkPhone juga mempunyai penarafan IP68 dan MIL-STD 810H yang boleh bertahan pada kedalaman sehingga 1.25 meter atau sehingga 1.5 meter untuk 30 minit.

    ThinkPhone mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 68W dan pengecasan wayarles 15W. ThinkPhone mempunyai kamera utama 50MP f/1.8 PDAF dan OIS. Selain itu, terdapat kamera ultra lebar 13MP f/2.2 dengan makro 2MP. Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 32MP dengan autofokus.

    ThinkPhone membawa integrasi sebenar dengan komputer riba Lenovo ThinkPad termasuk sambungan Think 2 Think berdasarkan Motorola’s Ready For. Ia membolehkan anda menyegerakkan ThinkPhone ke ThinkPad untuk memindahkan fail, berkongsi pemberitahuan, menggunakan telefon sebagai kamera web dan membuka sebarang aplikasi Android pada skrin komputer riba Windows.

    ThinkPhone akan disertakan dengan aplikasi Microsoft 365, Outlook dan Teams yang dipramuat. Moto KeySafe ialah ciri berasingan yang menambah lapisan keselamatan untuk menyimpan PIN dan kata laluan, kunci kripto dan data sensitif lain. Lenovo ThinkPhone oleh Motorola akan tersedia di negara terpilih di Asia dalam beberapa bulan akan datang.

    Namun, kami masih belum menerima maklumat rasmi tentang ketersediaanya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Lenovo

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured