More

    Aplikasi Whoscall kenal pasti “scammer” melalui panggilan telefon, kerjasama dengan PDRM

    Whoscall yang dikuasakan oleh Gogolook ialah aplikasi yang mengenal pasti panggilan telefon yang mempunyai pangkalan data terbesar di Asia Timur dan Asia Tenggara dengan 100 juta muat turun telah dilantik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai rakan strategik untuk memerangi jenayah penipuan dalam talian yang serius di Malaysia.

    Kerjasama ini melibatkan perkongsian pangkalan data nombor penipuan dalam talian daripada portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM ke sistem data Whoscall menjadikannya  aplikasi ID pemanggil yang terkini dan dipercayai untuk rakyat Malaysia bagi melindungi diri mereka daripada jenayah penipuan dalam talian dan scam.

    Pada 2021, kerugian yang dialami oleh rakyat Malaysia berjumlah lebih RM2.2 bilion dan pada 2022, ia berkurangan kepada RM1.7 bilion. Whoscall kini menjadi aplikasi ID pemanggil pertama dan satu-satunya yang disahkan oleh PDRM dengan perakuan dan pengiktirafan untuk sistem perlindungan data peribadi dalam aplikasi tersebut.

    Pengguna Whoscall juga boleh mencari nombor telefon daripada mesej dan panggilan yang tidak diketahui berdasarkan pangkalan data Whoscall dan dapat mengenal pasti scammer. Memandangkan Whoscall sentiasa mengemas kini nombor telefon scammer, pengguna juga menambah nombor secara manual dalam senarai nombor yang disekat.

    Selain daripada perkongsian data, Whoscall dan PDRM CCID juga bekerjasama dalam menganjurkan lawatan ke seluruh negara ke sekolah dan universiti dalam usaha mendidik orang ramai tentang pencegahan penipuan dan memperkenalkan aplikasi Whoscall bagi menyekat panggilan spam.

    Muat turun aplikasi Whoscall sekarang secara percuma di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai kemas kini siri jelajah seluruh negara, ikuti Facebook rasmi Whoscall. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured