More

    Qualcomm umum Snapdragon Satellite untuk Android, sokong mesej dua hala dan kecemasan

    Apple memperkenalkan sambungan satelit kecemasan dengan model iPhone 14 dan jelas sekali peranti Android tidak boleh ketinggalan. Hari ini di CES, Qualcomm mengumumkan Snapdragon Satellite iaitu perkhidmatan pemesejan satelit dua hala yang akan tersedia pada telefon pintar Android premium akan datang.

    Satelit Snapdragon akan menyokong pemesejan dua hala untuk kegunaan kecemasan, teks SMS dan aplikasi pemesejan lain. Qualcomm dengan jelas menyatakan ia bukan hanya untuk kecemasan tetapi juga rekreasi di lokasi terpencil, luar bandar dan luar pesisir pantai. Ia akan disokong bermula dengan peranti yang menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2.

    Satelit Snapdragon boleh digunakan pada peranti lain juga seperti komputer riba, tablet, kereta dan produk IoT. Satelit Snapdragon akan menyokong Rangkaian Bukan Terestrial (NTN) 5G apabila ia tersedia. Garmin akan bekerjasama dengan Qualcomm dengan sokongan untuk pemesejan kecemasan. 

    Brad Trenkle, naib presiden segmen luar Garmin berkata Garmin mengalu-alukan peluang untuk mengembangkan perkhidmatan kecemasan satelit. Garmin Response menyokong beribu-ribu insiden SOS setiap tahun dan mungkin telah menyelamatkan banyak nyawa.

    Garmini bakal bekerjasama dengan Qualcomm Technologies dan Iridium untuk membantu orang ramai berhubung dengan perkhidmatan kecemasan tidak kira di mana lokasi kecemasan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...