More

    AR/VR HTC Vive XR Elite diumum, boleh dipakai seperti cermin mata berharga ~RM4,840

    HTC baru sahaja mengumumkan set kepala realiti campuran baharu daripada siri Vivenya. Vive XR Elite baharu syarikat kini tersedia untuk prapesanan tetapi dengan tanda harga yang tinggi. Set kepala XR Elite dibina untuk bersaing dengan set kepala siri Meta Quest dan VR yang sedang diusahakan oleh Apple.

    XR Elite menyokong beberapa game dan perisian HTC yang telah ditawarkan pada set kepala VR generasi sebelumnya. Tambahan, aspek pengalaman realiti campuran peranti ini juga membolehkan paparan video berdefinisi tinggi. Dalam erti kata lain, Vive XR Elite bukan hanya untuk gaming, tetapi juga dibina untuk media dan hiburan.

    Vive XR Elite mempunyai berat 625 gram yang menjadikannya lebih berat daripada Meta Quest 2 tetapi lebih ringan sedikit berbanding Quest Pro yang mempunyai berat 722 gram. Ia menampilkan fungsi realiti bercampur dengan kamera warna dan sensor kedalaman. Meta juga pada asalnya merancang untuk menawarkan ini pada Quest Pro.

    XR Elite menampilkan piksel 2K, medan pandangan pepenjuru 110 darjah, kadar penyegaran 90Hz, RAM 12GB, storan dalaman 128GB dan cipset Qualcomm Snapdragon XR2. VR ini menawarkan mod cermin mata dengan menanggalkan tali serta baterinya dan digantikan dengan dengan sepasang kepingan plastik seperti bingkai cemin mata.

    Ia dapat mengurangkan berat sekitar 240 gram. XR Elite berharga 1,099 Dolar AS (~RM4,840) dan pakejnya menawarkan set kepala, satu bateri dan dua pengawal gerakan. Penghantaran produk ditetapkan bermula pada akhir Februari 2023.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured