More

    OPPO Reno 8T bakal dilancar: Cipset Snapdragon 695 dan sokongan pengecasan pantas 67W

    Kehadiran OPPO Reno8 cukup menarik minat peminat OPPO Malaysia pada tahun lepas. Kini, satu lagi varian daripada barisan Reno8 dengan nama OPPO Reno 8T yang bakal dilancarkan di india.

    Menurut Paras Guglan, OPPO Reno 8T akan dilancarkan sebagai F23 5G di India bersama cipset Snapdragon 695 dan sokongan pengecasan pantas 67W. Pada masa yang sama, Guglani turut turut mendedahkan reka bentuk peranti yang agak berbeza daripada siri Reno 8. 

    Kamera belakangnya menggunakan dataran silinder menempatkan bulatan kamera atas dan bawah bersama flash LED. Di hadapannya membawa bezel yang sangat nipis, skrin melengkung dan lubang tebuk di bahagian tengah menempatkan kamera swafoto. 

    Sebelum ini, OPPO Reno 8T telah lulus pensijilan Singapura IMDA (Infocomm Media Development Authority), India BIS (Bureau of Indian Standards), Eropah EEC (European Economic Community) dan Indonesia TKDN (Tingkat Komponen Dalam Negeri). Peranti ini turut menyokong sambungan LTE, Wi-Fi, Bluetooth, GPS dan NFC.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Phone CNMO

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured