More

    Kereta EV pertama Xiaomi mungkin segmen sedan, miliki dua pilihan varian bermula ~RM168K

    Terdapat spekulasi mengenai kenderaan elektrik pertama Xiaomi sebelum ini. Maklumat yang tertiris terbaharu menunjukkan bahawa EV Xiaomi pertama akan menjadi sedan bersaiz sederhana yang akan tersedia dalam dua versi. Pilihan untuk EV tersebut ialah model 400V dan model 800V.

    Kenderaan elektrik Xiaomi pertama diberi nama kod Modena dan butiran EV didedahkan oleh salah satu sumber yang boleh dipercayai. EV Xiaomi dikhabarkan akan menggunakan cip pintar Qualcomm dan Nvidia Orin X generasi akan datang. Model asas akan menggunakan platform 400V manakala model yang lebih tinggi menggunakan platform 800 V.

    Model 400V menggunakan bateri BYD LiFePO4 manakala model 800V menggunakan bateri CATL Kirin. Sebelum ini, dikhabarkan bahawa kereta Xiaomi mempunyai motor 260kW. Terdapat juga berspekulasi bahawa EV Xiaomi akan diumumkan tahun ini dan akan dikeluarkan secara komersial pada 2024.

    Sumber juga membuat spekulasi bahawa Xiaomi sedang membangunkan EV kedua. EV itu diberi nama kod Le Mans dan berpotensi diperkenalkan pada 2025. Le Mans dikhabarkan akan datang dengan tiga motor elektrik dan seni bina yang serupa dengan Modena.

    Orang ramai telah melihat kereta EV Xiaomi ketika melakukan ujian di atas jalan raya. Terdapat spekulasi bahawa kereta itu boleh menjadi prototaip Xiaomi EV dan dilaporkan bahawa prototaip telah dipasang pada September tahun lepas. Harga EV Xiaomi didakwa antara 260,000 yuan (~RM168,000) dan 350,000 yuan (~RM226,110).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured