More

    Cukai jualan 10% dikenakan untuk pembelian barangan “online” bawah RM500 dari luar negara

    Mulai April ini, kerajaan Malaysia akan mula mengutip cukai jualan baharu yang menyaksikan pembeli di Malaysia perlu membayar lebih 10% setiap kali membeli barangan yang diimport dari luar negara yang berharga kurang daripada RM500.

    Kerajaan Malaysia akan mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah (LVG) iaitu barangan yang berharga kurang daripada RM500 yang dijual dalam talian dan dihantar dari luar negara kepada pelanggan di Malaysia.

    Ia termasuk kawasan tanpa cukai seperti Pulau Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor serta kawasan khas seperti zon bebas melalui udara, laut atau darat. Cukai jualan baharu sebanyak 10 peratus hanya untuk barangan bernilai rendah dibeli di luar negara dengan harga kurang daripada RM500 yang dibeli dalam talian mulai 1 April 2023.

    Cukai ini tidak akan dikenakan ke atas caj penghantaran atau kos insurans untuk membawa masuk barang dari luar negara ke Malaysia. Berikut adalah contoh yang memudahkan pemahaman anda. Katakan anda membeli barang dari luar negara dengan harga RM490 daripada platform beli-belah dalam talian dan terdapat caj penghantaran sebanyak RM10.

    Jumlahnya ialah RM500 jika anda membelinya sebelum 1 April. Mulai 1 April dan seterusnya, terdapat pelaksanaan cukai jualan baharu bermakna anda perlu membayar RM490 ditambah dengan RM49 (cukai jualan 10% ke atas item tersebut) dan caj penghantaran RM10. Jumlah yang perlu dibayar semasa pembelian kini ialah RM549.

    Cukai jualan ke atas LVG akan dicaj pada platform beli-belah dalam talian mengeluarkan pengesahan pesanan. Perlu diingatkan bahawa selagi anda membeli LVG dalam talian sebelum 1 April 2023, anda tidak perlu membayar cukai jualan LVG 10% walaupun barang dihantar kepada anda selepas 1 April.

    Cukai jualan 10 peratus akan dikenakan kepada semua LVG yang dibeli dalam talian. Cukai jualan tidak akan dikenakan jika anda membeli produk talian pada harga di bawah RM500 untuk barangan seperti rokok, produk tembakau, rokok paip, rokok elektronik dan vape, cecair atau gel bukan nikotin yang digunakan pada e-rokok atau peranti vape serta arak.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "

    Sumber: Malay Mail

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured