More

    BMW CE 04 dilancar di Malaysia, skuter elektrik berharga sekitar RM60K

    BMW Motorrad Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan skuter BMW CE 04. Skuter elektrik ini dilengkapi brek cakera berkembar, tayar berukuran 120/70 R15 67H di hadapan dan 160/60 R15 56H di belakang. Jentera ini menggunakan lengan ayun bersisi tunggal dan suspensi spring berlitup penuh dengan fungsi kawalan langsung.

    Bahagian lampunya termasuk lampu hadapan dan belakang menggunakan unit pencahayaan LED yang berkuasa tinggi. Adaptive Headlight Pro juga disertakan secara standard di samping lampu waktu siang dan fungsi-fungsi cahaya khas seperti “Welcome” dan “Good Bye”. Daripada segi kuasa, BMW CE 04 mampu menjana output maksimum 31kW (42PS) dan tork 62 Nm.

    Ia membolehkan jentera ini membuat pecutan dari 0 hingga 50 km/j hanya dalam tempoh 2.6 saat dan kelajuan tertingginya mencecah 120 km/j. Bagi kapasiti baterinya pula, BMW CE 04 mencatatkan 60.6 Ah (8.9 kWj) dengan membekalkan jarak sejauh 130 kilometer. Bateri boleh dicas melalui peranti pengecas bersepadu menerusi soket kuasa biasa di kediaman, ‘wallbox’ ataupun stesen pengecasan awam.

    Bateri yang telah kosong boleh dicas penuh dalam masa 4 jam 20 minit jika menggunakan output standard berkadar 2.3 kW. Untuk pengecasan pantas melalui output setinggi 6.9 kW, tempoh ini dapat dikurangkan kepada 1 jam 40 minit. BMW CE 04 baharu hadir dengan empat mod tunggangan iaitu “ECO”, “Rain”, “Road” dan “Dynamic”.

    Untuk menjamin tahap keselamatan yang tinggi, generasi BMW Motorrad Integral ABS Pro yang terbaharu juga dibawakan secara standard. Skuter ini turut dilengkapi dengan skrin paparan berwarna TFT 10.25 inci dengan fungsi Map Navigation bersama fungsi BMW Motorrad Connected App.

    Dengan aplikasi tersebut, penunggang akan memiliki akses ke atas ciri navigasi, status dan statistik kenderaan. Untuk kemudahan tambahan, port USB, kompartmen dengan pengecas USB, soket 12V, kompartmen helmet berlampu, ruang muatan fleksibel berlampu, fungsi tunggangan tanpa kunci dan bantuan mengundur turut didatangkan secara standard.

    Terdapat soalan yang diajukan kepada BMW Motorrad Malaysia mengenai harganya. Pihak BMW memberi bayangan bahawa harganya sekitar RM60,000 dan harga rasmi bakal diumum pada Mac nanti. Untuk maklumat lanjut mengenai BMW CE 04 terbaharu, slia layari laman rasmi BMW Motorrad Malaysia di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...