fbpx
More

    8 game ‘co-op’ yang boleh dimainkan bersama rakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan

    Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 berikutan penularan COVID-19, pastinya anda (termasuk saya sendiri) agak kesenduan akibat larangan melepak bersama rakan. Untuk meringankan lagi pematuhan perintah ini, kami telah menyenaraikan game ‘co-op’/cooperative dalam talian yang boleh dimainkan bersama rakan sehingga tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

    Left 4 Dead 2

    Tiada senarai yang lengkap tanpa kewujudan game yang terkenal dan ‘otai’ ini. Untuk yang masih tidak mengenali game ini, Left 4 Dead 2 adalah game penembak bersama di mana anda dan tiga pemain lain ditugaskan unuk menumpaskan sekumpulan zombi untuk melepaskan diri daripada bandar yang dikerumuni zombi.

    Left 4 Dead 2 – RM23.50 di Steam

    Terdapat juga mod versus di mana 2 pasukan yang terdiri daripada empat pemain akan berlawan sesama mereka untuk menentukan pasukan mana yang dapat melepaskan diri, manakala pasukan lawan bertindak untuk menghalang perkembangan zombi. Tambahan pula, game ini hadir dengan sokongan Steam Workshop yang membenarkan pengguna memuat turut kandungan yang dibuat oleh pengguna sendiri seperti rupa karakter, rupa senjata, efek bunyi dan kempen.

    Risk of Rain 2

    Game lain yang turut bernilai untuk dimainkan adalah Risk of Rain 2, game penembak pihak-ketiga yang agak ganas, bertujuan untuk menumpaskan ketua-ketua di setiap tahap agar dapat ke tahap yang lebih mencabar. Seperti kebanyakan game pengganas lain, Risk of Rain 2 menampilkan permadeath di mana anda perlu mula semula jika karakter anda ditumpaskan.

    Risk of Rain 2 – RM39.00 di Steam

    Game ini turut menampilkan banyak item unik. Anda bukan sahaja boleh mengubah suai karakter anda, tetapi juga membantu anda mengalahkan musuh dengan lebih mudah. Anda boleh bermain dengan tiga atau empat rakan anda, tetapi lebih baik untuk anda berpecah agar semua pemain mendapat peluang untuk berlawan.

    Killing Floor 2

    Tidak seperti Left 4 Dead 2, Killing Floor 2 adalah lebih kepada game penembak co-op yang memerlukan anda untuk kekal hidup dalam mod zombi yang semakin mencabar sehingga anda mengalahkan musuh dalam cabaran terakhir. Terdapat beberapa mekanisme unik seperti sistem mata wang, Zed Time membenarkan anda memperlahankan masa buat sementara, perkembangan karakter dan kulit karakter unik bergantung kepada senjata yang anda guna.

    Killing Floor 2 – RM56.00 di Steam

    Secara rasminya, game ini menyokong sehingga 6 pemain dalam satu sesi atau lebih jika anda tahu untuk mengubah suai pelayan (server) anda sendiri dan mod lain. Anda juga mungkin boleh memasang mod lain untuk mengubah suai pengalaman gaming anda.

    Portal 2

    Sementara Portal 2 adalah terbatas untuk 2 pemain sahaja, ia masih merupakan pilihan yang baik jika anda sedang mencari pengalaman menyelesaikan teka-teki yang seronok bersama rakan anda. Untuk yang tidak mengenali game ini, Portal 2 adalah game penyelesai teka-teki seronok daripada perspektif orang pertama (pemain) yang berlatar belakangkan portal-portal (seperti namanya).

    Portal 2 – RM23.50 di Steam

    Dengan ini, pemain perlu bekerjasama untuk menyelesaikan teka-teki agar dapat maju ke Aperture Laboratory. Seperti Left 4 Dead 2, anda boleh memuat turun peta dan teka-teki yang dibina oleh pemain sendiri melalui Steam Workshop.

    Overcooked 2

    Overcooked 2 adalan penambahan menarik dalam senarai ini kerana ini adalah game memasak berpasukan, berbanding game penembak yang lain. Objektif game ini adalah untuk anda dan tiga rakan anda yang lain perlu menghidangkan sebanyak mungkin hidangan untuk menambah mata agar dapat mara ke tahap seterusnya. Anda juga boleh berlawan sesama rakan anda dalam 2 lawan 2 untuk melihat pasukan mana yang mendapat lebih banyak mata.

    Overcooked 2 – RM44.00 di Steam

    Terraria

    Jika anda peminat game sandbox (game yang membenarkan anda meneroka dunia sendiri), game 2D seperti Terraria adalah pilihan yang baik untuk pemain yang suka membina pangkalan dan melawan raksasa. Bukan itu sahaja, terdapat juga komuniti flora dan fauna (biome) menarik dan rangkaian terowong untuk anda terokai.

    Terraria – RM23 di Steam

    Game ini bagus untuk kumpulan pemain yang besar kerana setiap sesi boleh menyokong sehingga 8 pemain. Tambahan pula, ia juga boleh dimainkan secara bersama atau mod pemain lawan pemain jika anda sukakan sedikit pertandingan dengan rakan anda.

    Monster Hunter: World

    Seperti namanya, Monster Hunter: World adalah game pemburuan raksasa seperti naga, unikorn dan lain-lain yang bersaiz lebih besar daripada pemain sendiri. Game mendebarkan ini membenarkan anda membina pasukan yang terdiri daripada 3 pemburu lain untuk memburu raksasa, bertujuan sama ada untuk membuat kajian tentang mereka atau memastikan keselamatan koloni terjaga.

    Monster Hunter: World – RM98.00 di Steam

    Stardew Valley

    Stardew Valley bukanlah game aksi seperti game-game yang dinyatakan di atas di mana ia menawarkan pengalaman unik dan menenangkan kepada pemain. Ini kerana anda hanya perlu mengawal ladang anda. Selain daripada objektif utama untuk membina semula pusat komuniti, anda boleh buat apa sahaja di ladang seperti game bertani. Contohnya, menjaga tanaman, memancing atau menaik taraf ladang anda (boleh kahwin dan ada anak juga).

    Stardew Valley – RM31.00 di Steam

    Secara rasmi, game ini membenarkan anda untuk bermain bersama sehingga 4 orang rakan. Apa pun, anda juga boleh memuat turun beberapa mod untuk membenarkan pemain lain menyertai pelayan pada masa yang sama. Namun, jika anda melalukan hal ini, jangan pula anda terkejut jika ada pepijat game yang memusnahkan pengalaman gaming semua.

    Apakah pandangan anda terhadap kesemua game yang dinyatakan di atas? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X