More

    Pulau Pinang sasar 100% transaksi tanpa tunai untuk perkhidmatan kerajaan menjelang 2030

    Pulau Pinang menyasarkan 100 peratus transaksi tanpa tunai di semua jabatan dan agensi kutipan hasil kerajaan negeri menjelang 2030. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pada masa ini, negeri itu telah mencapai 72 peratus transaksi tanpa tunai.

    Beliau menambah, bagi meneruskan agenda transformasi digital, kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha memperkenalkan inisiatif pembayaran tanpa tunai tidak lama lagi di pelbagai tempat. Pelaksanaan perkhidmatan e-pembayaran akan meningkatkan kutipan hasil kerajaan negeri dan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri.

    Chow juga mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk menyokong inisiatif pembayaran tanpa tunai bagi meningkatkan daya saing dan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pintar. Kerajaan Pulau Pinang telah menubuhkan Perbadanan Pulau Pinang Digital yang akan membantu menggalakkan proses pendigitalan ekonomi di negeri ini.

    Bercakap pada sidang akhbar kemudian, Chow berkata, tidak perlu menunggu sehingga 2030 untuk pergi tanpa tunai. Banyak cara kreatif dan inovatif boleh difikirkan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai dicapai lebih awal lagi.

    Pulau Pinang memulakan transaksi pembayaran tanpa tunai perintis pada April 2020 di pasar awam Taman Tun Sardon sebagai cara untuk mengehadkan hubungan berikutan pandemik Covid-19. Susulan kejayaan itu, kerajaan negeri melaksanakan dasar di mana kesemua 23 jabatan dan agensi kutipan hasil kerajaan negeri menggunakan sekurang-kurangnya satu perkhidmatan tanpa tunai sebagai medium mengutip hasil.

    Menurut Chow, sejak 1 Januari hingga 30 Nov tahun lepas, semua jabatan dan agensi kutipan hasil kerajaan negeri mencatatkan 2,110,566 transaksi tanpa tunai berjumlah RM620,157,685.04, iaitu 50.16 peratus daripada jumlah hasil kutipan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    F1 kembali ke Malaysia! Sepang dipilih ganti perlumbaan Bahrain yang dibatalkan

    Litar Antarabangsa Sepang disahkan bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 pada 4 Oktober ini bagi menggantikan perlumbaan Grand Prix Bahrain yang...

    WhatsApp Web kini lengkap dengan panggilan suara, video dan “call transfer”

    WhatsApp secara rasmi memperkenalkan sokongan panggilan suara dan video terus pada perkhidmatan WhatsApp Web. Pengguna kini boleh membuat serta menerima panggilan secara...

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori "Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured