More

    Kad Enhanced TNG kini tampilkan imej pemain badminton negara

    Dengan kempen Piala Elektrik Mitsubishi AFF Harimau Malaya telah berakhir, perhatian orang ramai telah beralih kepada Terbuka Malaysia Petronas 2023. Ia merupakan perlawanan pertama kejohanan kelas Super 1000 Jelajah Dunia BWF tahun ini.

    Sempena acara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah bekerjasama dengan Touch ‘n Go untuk mengeluarkan set kad Enhanced Touch ‘n Go NFC yang menampilkan pemain badminton negara yang menyertai acara tersebut.

    Senarai itu termasuk pemain beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta satu lagi pasangan beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei. Terdapat juga kad yang menampilkan wakil beregu wanita, Pearly Tan dan Thinaah Murautharan manakala pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong menerima kadnya sendiri.

    Setiap kad menampilkan imej pemain bersama tandatangan mereka. Kami tidak pasti sama ada ia akan dijual dalam empat kad dalam satu set atau secara individu. 

    Keempat-empat kad itu akan disediakan secara eksklusif melalui gerai TNG di kawasan BAM Juara Fest di Axiata Arena dari Sabtu, 14 Januari hingga Ahad, 15 Januari. Selain itu, TNG juga menawarkan kad TNG NFC dan RFID sepanjang tarikh rersebut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...