More

    Astro tawarkan siaran percuma untuk 10 saluran terpilih sehingga 31 Januari 2023

    Sempena kemenangan Anugerah Putra Brand 2022 baru-baru ini, Astro akan menawarkan tontonan percuma kepada semua pelanggannya untuk 10 saluran terpilih dalam televisyen dan Astro GO. Siaran percuma ini akan ditawarkan bermula hari ini hingga 31 Januari 2023.

    Berikut adalah senarai saluran percuma yang akan ditawarkan sepanjang tempoh ini:

    • tvN HD (saluran 395): Rancangan-rancangan Korea
    • BOO HD (saluran 404): Filem-filem seram Asia
    • SHOWCASE MOVIES (saluran 413): Filem-filem popular kegemaran ramai
    • CNN HD (saluran 511): Berita terkini dari Amerika Syarikat dan seluruh dunia
    • BBC World News HD (saluran 512): Berita terkini dari United Kingdom dan seluruh dunia
    • CBeebies (saluran 620): Kandungan untuk kanak-kanak pra-sekolah
    • DreamWorks (saluran 622): Kandungan kanak-kanak dan keluarga, membawakan filem-filem terbitan Dreamworks
    • Love Nature (saluran 558): Rancangan alam semulajadi dan haiwan
    • Love Nature 4K (saluran 549): Rancangan alam semulajadi dan haiwan
    • Global Trekker (saluran 559): Saluran berasaskan hiburan fakta merangkumi budaya, makanan, penerokaan, teknologi dan personaliti terkemuka

    Sempena sambutan Tahun Baru Cina, pelanggan Astro juga boleh menonton saluran pop-up Too FUN (saluran 100) sehingga 12 Februari 2023. Saluran ini menyiarkan pelbagai jenis hiburan termasuk rancangan variasi, drama dan filem.

    Pelanggan Go Shop pula boleh dapatkan diskaun sebanyak RM12 untuk pembelian bernilai RM120 dan ke atas dengan menggunakan kod promo PUTRA12. Promosi ini akan berlangsung sehingga 3 Februari 2023.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured