fbpx
More

    Imej OnePlus Nord CE 3 didedah, mungkin dilancar pada penggal kedua 2023

    Beberapa imej OnePlus Nord CE 3 telah mula didedahkan dalam talian memaparkan seperti telefon kelas pertengahan dari hadapan, belakang dan semua sisi. Imej menunjukkan bahawa telefon itu mempunyai tri-kamera belakang, kamera hadapan dalam lubang tebuk dan butang kuasa bersama pengimbas cap jari di bahagian sisi.

    Ciri-ciri lain yang dipamerkan dalam foto menunjukkan port USB-C dan bicu audio 3.5mm dengan reka bentuknya kelihatan sangat generik. Tiada spesifikasi atau ciri teknologi lain yang dinyatakan tetapi ia tidak mempunyai tiada gelangsar amaran yang merupakan satu kerugian jika dibandingkan dengan Nord CE 2.

    Spesifikasi lain yang dikhabarkan termasuk cipset Qualcomm Snapdragon 695, skrin LCD FHD dengan kadar penyegaran semula 120Hz, RAM 8GB, storan 256GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W. Tiada satu pun daripada ini telah disahkan secara rasmi oleh OnePlus, hanya sekadar khabar angin.

    Tarikh keluaran Malaysia atau butiran harga masih tidak diketahui, tetapi MySmartPrice menjangka ia akan dilancarkan pada penggal kedua 2023. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Phone Arena

     

    Artikel Terkini

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X