More

    Lebih 18 juta peranti boleh lipat akan dijual pada 2023, meningkat 44% berbanding 2022

    Trendforce menerbitkan laporan yang meramalkan bahawa penghantaran peranti boleh lipat akan meningkat 44% pada tahun 2023. Jualan yang bertambah baik akan meningkatkan pasaran untuk telefon pintar OLED boleh lipat dan akan mencecah jualan $500 juta.

    Tahun lepas menyaksikan 12.8 juta telefon pintar boleh lipat dihantar yang akan melonjak kepada lebih 18.5 juta untuk 2023 menurut ramalan Trendforce. Samsung menjual 82% daripada semua peranti boleh lipat pada 2022 kerana pembuat lain seperti Xiaomi, OPPO serta vivo menjual peranti mereka hanya di China dan dalam kuantiti terhad.

    Angka jualan peranti boleh lipat hanyalah hasil sampingan analisis Trendforce yang tertumpu pada pasaran untuk engsel. Pada masa ini, terdapat dua jenis engsel iaitu berbentuk titisan air dan U. Engsel berbentuk titisan mengandungi banyak bahagian yang kompleks dan kos lebih tinggi daripada U.

    Analisis meramalkan bahawa apabila kadar penembusan pasaran model peranti boleh lipat meningkat, pengilang akan mencari komponen kos efektif bermula daripada engsel. Pasaran engsel keseluruhan akan mencapai $500 juta meningkat 14.6%. KH Vatech dan S-connect kedua-duanya membekalkan engsel berbentuk U kepada Samsung.

    Jenama yang menggunakan engsel berbentuk titisan bekerjasama dengan pembuat seperti Amphenol dan Asia Vital Components. Pembuat paparan juga turut menggunakan pengetahuan tentang engsel boleh lipat. Pengguna telefon pintar bimbang tentang lipatan di tengah panel boleh lipat dan Trendforce mendakwa Samsung mengetahui tentang isu ini.

    Namun, Samung akan terus menggunakan engsel paksi tunggal berbentuk U yang membawa sedikit alur pada skrin. Dengan cara itu, ia akan mengekalkan harga yang lebih rendah untuk peranti Galaxy Z Fold pada masa hadapan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TrendForce

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Google Earth kini boleh hasilkan visual sejarah, infografik dan pelan bangunan menerusi AI

    Google secara rasmi melancarkan integrasi keupayaan jana imej berasaskan AI menerusi model Nano Banana 2 ke dalam platform Google Earth versi web....

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia...

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured