More

    OnePlus 11 akan dilancar di Malaysia pada 7 Februari 2023

    Pada 4 Januari lepas, OnePlus 11 telah dilancarkan di China sambil menampilkan spesifikasi tercanggih untuk sebuah telefon pintar pada tahun ini. Kini, ia akan dilancarkan di Malaysia pada 7 Februari 2023, pukul 10 malam seperti yang dinyatakan dalam laman web rasmi OnePlus Malaysia

    OnePlus 11 dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi 1440p, kadar penyegaran semula 120Hz dan teknologi LTPO 3.0 yang membenarkan pelarasan kadar segar semula secara automatik daripada 1Hz ke 120Hz untuk menjimatkan penggunaan bateri.

    Memorinya terdiri storan UFS 4.0 dengan kapasiti 512GB dan RAM LPDDR5X dalam kapasiti 12GB atau 16GB. Untuk bateri pula, ia berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W, namun ia tidak boleh dicas secara wayarles.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX890, autofokus phase-detect (PDAF) dan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 48MP dengan sensor Sony IMX581 serta kamera telefoto 32MP dengan sensor Sony IMX709 yang boleh zum sebanyak 2x. Di hadapan, terdapat kamera swafoto 16MP dalam lubang punch hole di bahagian atas kiri skrin.

    Harga peranti mungkin akan didedahkan sebelum atau pada hari pelancarannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...