More

    Lazada sumbang barang keperluan asas bernilai RM50,000 kepada mangsa banjir di Kelantan

    Lazada Malaysia menerusi inisiatif Lazada Teman You telah menyumbangkan barangan keperluan asas bernilai lebih RM50,000 kepada mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini. Antara barang yang disumbangkan termasuklah beras, makanan dalam tin, minyak masak, lampin pakai buang dan lain-lain keperluan.

    Lazada memberi sumbangan tersebut kepada keluarga-keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Pasir Puteh dan Bachok. Inisiatif ini diharap boleh membantu mereka untuk membina semula kehidupan selepas mengharungi bencana tersebut.

    Lazada Teman You adalah kutipan derma amal yang bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia demi mengumpul dana sebanyak RM100,000 untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutamanya di Kelantan dan Johor. Lazada akan turut memadankan sumbangan tersebut dengan dana tambahan sebanyak RM100,000 lagi.

    Para pengguna Lazada juga dijemput untuk menderma kepada inisiatif ini yang akan berlangsung sehingga 31 Januari 2023. Untuk menderma, buka aplikasi Lazada Malaysia, taip “Lazada Teman You” di ruang carian dan anda boleh derma sebanyak RM1, RM5, RM10, RM30, RM50 atau RM100.

    Layari laman web Lazada Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured