More

    Musk anggap pembuat EV di China sebagai saingan terbesar Tesla

    Elon Musk melihat persaingan paling sukar untuk Tesla adalah daripada pembuat kereta elektrik di China. Musk menjangkakan bahawa China berkemungkinan besar akan menjadi pasaran kedua terbesar dalam kenderaan elektrik. China menyumbang kira-kira dua pertiga daripada semua jualan kenderaan elektrik di seluruh dunia pada 2022.

    Tesla berkata mereka telah memotong harga baru-baru ini dan merangsang permintaan serta mengurangkan kos bertujuan untuk menghadapi kemelesetan ekonomi tahun ini. Ditanya mengenai persaingan Tesla, Musk menjawab bahawa dia menghormati syarikat kereta di China serta berkata bahawa mereka bekerja keras dan bijak.

    Tesla baru-baru ini melantik ketua di China iaitu Tom Zhu untuk menguruskan kilang dan jualan di AS, Amerika Utara dan Eropah. Tesla merancang untuk menarik bakat terbaik di China dengan kerana terdapat ramai pakar di sana.

    Pada 2021, Musk menggelar pembuat kereta China sebagai paling berdaya saing di dunia dengan mengatakan sesetengah daripada mereka sangat mahir dalam perisian. Beliau juga berkata pekerja China telah bekerja keras untuk memastikan kilang Tesla beroperasi semasa penutupan COVID-19 tahun lalu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: CNA

     

    Artikel Terkini

    U Mobile mempertingkatkan pengalaman kejohanan bola sepak terbesar melalui penstriman percuma di RTMKlik!

    Demam bola sepak global semakin dirasai apabila kejohanan paling berprestij dunia sudah membuka tirainya pagi tadi. Bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terlepas...

    ShopeePay Travel eSIM diperkenal — Ini cara beli dan aktifkan pelan data terus dari...

    ShopeePay kini memperkenalkan ciri Travel eSIM di dalam aplikasi mereka yang membolehkan pengguna kekal berhubung ketika melancong ke luar negara tanpa perlu...

    KLIMS 2026: Perodua C2 buat kemunculan, bayangan awal rekaan EV akan datang?

    Perodua memperkenalkan model konsep terbaharu mereka dikenali sebagai C2 (Chapter 2) di KLIMS 2026 yang menandakan kesinambungan perjalanan jenama itu dalam pembangunan...

    U Mobile belanja pelanggan tengok 104 perlawanan World Cup 2026 melalui RTMKlik

    U Mobile dilantik sebagai Official Broadcast Sponsor World Cup 2026â„¢ melalui RTMKlik yang membolehkan pelanggan U Mobile mengikuti kesemua 104 perlawanan kejohanan...

    Samsung anjur ‘bootcamp’ AI untuk semua pekerja, wajib guna ChatGPT dan Gemini

    Samsung telah melancarkan inisiatif AI seluruh syarikat yang dinamakan AI Transformation (AX) iaitu satu program strategik bagi menyepadukan kecerdasan buatan dalam operasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...