More

    “Game” Apex Legends Mobile bakal dihentikan pada 1 Mei ini

    Respawn Entertainment mengumumkan bahawa game Apex Legends Mobile akan dihentikan pada 1 Mei ini. Respawn mendedahkan bahawa game ini dibatalkan selepas setahun dilancarkan. Untuk pengetahuan, Apex Legends adalah game untuk berbilang pemain atas talian yang berjaya dikeluarkan untuk platform PC dan konsol pada asalnya.

    Ia dibangunkan oleh Respawn Entertainment yang juga pembangun game siri Titanfall yang terkenal. Syarikat itu kini berada di bawah EA (Electronic Arts) dan Respawn Entertainment menyatakan bahawa keputusan ini dibuat atas faktor di luar kawalannya.

    Game itu juga akan dialih keluar daripada stor aplikasi mulai 1 Februari 2023. Keputusan daripada EA untuk menghentikan Apex Legends Mobile tiba beberapa minggu selepas game itu memenangi anugerah Game of the Year 2022 di kedai stor Apple dan Google.

    Syarikat itu menyatakan bahawa permainan itu mempunyai permulaan yang kukuh tetapi pelbagai faktor menyebabkan penutupannya. Ini termasuk pelan hala tuju kandungan, kualiti dan kuantiti juga semakin berkurangan. Perlu diingat bahawa keputusan ini tidak menjejaskan versi PC atau konsol.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: EA

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured