More

    Siri Samsung Galaxy Book3 dilancar: Intel Core i7 Gen-13 dan NIVIDIA GeForce 4050 bermula ~RM5,541

    Hari ini telah berlangsungnya acara Samsung Unpacked 2023 dengan melancarkan peranti andalannya iaitu siri Samsung Galaxy S23. Bukan itu sahaja, syarikat itu turut melancarkan siri Samsung Galaxy Book 3 yang terdiri Galaxy Book3 Ultra, Book3 Pro 360, Book3 360 dan Book3 Pro.

    Bermula dengan Galaxy Book 3 Ultra, ia menampilkan paparan AMOLED 3K 16 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan nisbah aspek 16:10. Ia mempunyai dua varian yang dikuasakan oleh oleh CPU Intel Core i7 atau i9 Generasi ke-13, GPU NIVIDIA GeForce RTX 4070/ 4050 dan storan 1TB dengan ruang tambahan hingga 2TB. 

    Daripada segi reka bentuk, ia senipis 16.5mm dan seringan 1.79kg untuk mudah dibawa dalam perjalanan. Seperti komputer riba yang lain, ia mempunyai port bicu audio 3.5mm, USB-A, HDMI, USB-C dan slot kad MicroSD. Pad sentuh pada komputer riba ini adalah 39% lebih besar berbanding model Galaxy Book2 Pro.

    Untuk memudahkan anda melakukan video mesyuarat, komputer riba ini menyediakan kamera web 1080p di bahagian atas paparannya. Pengalaman yang lebih lengkap bersama pembesar suara Dolby Atmos di empat penjuru komputer, ciri keselamatan yang lebih kuat dan sambungan Wi-Fi 6E.

    Ciri lain termasuk pemindahan fail melalui aplikasi Quick Share untuk memudahkan pengguna, sambungan kepada peranti Samsung Galaxy yang lain dan pengimbas cap jari yang dipanggil Smart Switch untuk anda log masuk laman web dan aplikasi terpilih.

    Seterusnya adalah Galaxy Book3 Pro 360 yang merupakan komputer riba 2-dalam-1 yang boleh berfungsi seperti tablet (tanpa membuka papan kekunci) dan komputer riba. Ia menampilkan CPU Intel Core i7 Generasi ke-13 dengan berat 1.66kg dan senipis 12.8mm lebih nipis daripada model Ultra.

    Daripada segi ciri, ia mempunyai paparan, sambungan, pembesar suara yang sama seperti model Ultra. Perbezaannya adalah paparannya boleh dipusing 360 darjah serta menyokong penggunaan S Pen. Pad adalah 39% lebih besar berbanding model terdahulu.

    Begitu juga dengan Galaxy Book3 360, ia mempunyai dua varian paparan iaitu 13.3 inci dan 15.6 inci. Kedua-duanya menyokong penggunaan S Pen menampilkan spesifikasi yang sama seperti Book3 Pro 360.

    "
    "

    Akhir sekali, Book3 Pro membawa spesifikasi standard dan hampir sama seperti Galaxy book3 Pro 360. Namun, paparannya lebih kecil bersaiz 14 inci dan 16 inci tanpa sokongan S Pen. Pad sentuhnya juga lebih kecil berbanding Book3 Pro.

    Acara Samsung Unpacked telahpun berakhir memberikan anda pilihan yang menarik. Anda pasti memerlukan komputer riba yang bersesuaian untuk penggunaan harian dan pekerjaan anda. Oleh itu, anda boleh mempertoimbangkan antara keempat-empat komputer riba di atas.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...