More

    HUAWEI mungkin akan lancarkan 3 telefon yang dilengkapi Snapdragon 8+ Gen 1

    Buat masa ini, HUAWEI masih belum mengumumkan sebarang pelancaran telefon pintar untuk tahun 2023 namun khabar tentangnya telah mula timbul di internet. Terbaru, HUAWEI dijangka akan melancarkan tiga telefon yang bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1.

    Menurut pengkhabar berita teknologi di Weibo, tiga telefon tersebut adalah telefon kelas pertengahan HUAWEI Nova 20 Pro, telefon lipat HUAWEI Mate X3 dan telefon andalan (flagship) HUAWEI P60.

    Memandangkan HUAWEI P60 adalah telefon andalan, ini mungkin bermaksud bahawa HUAWEI P60 Pro akan dilengkapi Snapdragon 8 Gen 2 manakala P60 standard akan dilengkapi Snapdragon 8+ Gen 1 sahaja. Sebelum ini, siri HUAWEI P50 menggunakan cipset Snapdragon 888 namun dalam versi 4G.

    Sementara itu, HUAWEI Nova 20 Pro pula mungkin bakal menjadi varian tercanggih dalam siri Nova. Sebelum ini, telefon Nova biasanya hanya dilengkapi cipset kelas pertengahan seperti siri Snapdragon 700 atau cipset lain yang setaraf.

    Snapdragon 8+ Gen 1 adalah cipset yang dilancar pada tahun 2022 dan merupakan varian yang lebih canggih daripada Snapdragon 8 Gen 1. Kedua-duanya dibina dengan nod proses 4nm oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) untuk prestasi terpantas dalam telefon pintar, namun 8+ Gen 1 menawarkan prestasi CPU dan GPU lebih pantas sebanyak 10% dan kecekapan tenaga lebih tinggi sebanyak 30%.

    Walaupun Snapdragon 8 Gen 2 telah dilancar untuk telefon andalan pada 2023, cipset Snapdragon 8+ Gen 1 masih lagi relevan dan ia mungkin akan dilengkapkan dalam banyak telefon kelas pertengahan yang dilancar pada tahun ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HUAWEI Central

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured