More

    PR1MA bermatlamat sediakan lebih 4,000 unit rumah di Pulau Pinang dalam 5 tahun

    Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan untuk menyediakan lebih 4,000 unit rumah di Pulau Pinang dalam lima tahun akan datang secara berfasa. Projek ini dianggarkan bernilai RM1.25 bilion. 

    PR1MA memiliki dua plot tanah di Pulau Pinang dengan keluasan lebih 300 ekar untuk projek kediaman dan pembangunan bercampur. Usaha ini selaras dengan sasaran Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) untuk membina 500,000 rumah mampu milik. 

    Terdapat tiga projek PR1MA di Pulau Pinang di mana Residensi Pauh Permai dengan 1,017 unit telah disiapkan pada September 2021, Residensi Bukit Gelugor Fasa 1 disasarkan siap pada suku ketiga 2025, manakala Residensi Bukit Gelugor Fasa 2 disasarkan siap pada suku ketiga 2026. 

    Selain itu, Residensi Pauh Permai telah menerima sijil Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) daripada CIDB dengan skor yang tinggi iaitu 74% dan anugerah ‘Best Development Awards for Best Mass Market High-Rise Development’ di PropertyGuru Awards 2022.

    Pada tahun 2021, PR1MA Comm melaksanakan fasa pertama inisiatif JENDELA@PPR 1.0 melibatkan pemasangan “wireless hotspot” di kawasan guna sama (common area) di 36 PPR yang mempunyai sekitar 150,000 penghuni. Dengan Aspirasi #PR1MAKita, PR1MA menggunakan peruntukan Tanggungjawab Sosial Korporat sebanyak RM1 juta untuk melaksanakan inisiatif ini. 

    Kini, PR1MA Comm akan melaksanakan JENDELA@PPR 2.0 di 30 PPR melibatkan sembilan negeri. Fasa kedua ini akan memberikan kemudahan internet berkelajuan 30Mbps dan dibekalkan terus ke 13,218 unit kediaman individu. Seramai lebih 53,000 penduduk PPR akan menerima kemudahan internet secara percuma selama sembilan bulan. 

    Ketahui lebih lanjut mengenai projek ini di laman web PR1MA atau hubungi Pusat Panggilan PR1MA di 03-7628 9898 (tutup padacuti umum di Negeri Selangor) atau emel kepada [email protected].

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...