More

    Status WhatsApp kini lebih menarik dengan penambahan ciri-ciri baharu

    Status ialah cara popular untuk berkongsi kemas kini dalam tempoh singkat iaitu 24 jam sahaja dengan rakan dan kenalan rapat di WhatsApp. Sama seperti sembang dan panggilan peribadi, status WhatsApp juga dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung supaya pengguna boleh berkongsi secara peribadi dan selamat.

    WhatsApp telah menambah beberapa ciri baharu pada status yang memudahkan pengguna mengekspresikan diri dan berhubung dengan orang lain. Salah satu ciri ialah pemilihan penonton peribadi yang membolehkan tetapan privasi bagi setiap status supaya pengguna boleh memilih orang yang boleh melihat.

    Seterusnya, terdapat ciri status suara di mana pengguna boleh merakam dan berkongsi mesej suara hingga 30 saat pada status WhatsApp. Tambahan, reaksi status juga ditambah di dalam WhatsApp untuk cara cepat dan mudah bagi membalas kemas kini status daripada kenalan pengguna.

    Selain itu, WhatsApp juga mempunyai gelang profil status di mana gelang ini akan muncul di sekeliling gambar profil kenalan apabila mereka mengemaskini status. Akhir sekali, terdapat ciri pratonton pautan yang menyiarkan pautan pada status pengguna dan dapat melihat pratonton visual kandungan pautan secara automatik.

    Kemas kini ini telah mula dilancarkan kepada pengguna secara global dan akan tersedia untuk semua orang dalam beberapa minggu akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured