fbpx
More

    Lenovo Yoga 9i dilancar di Malaysia: Intel Core Gen-13 dan skrin sentuh OLED 14″ berharga RM7,299

    Lenovo mengumumkan pelancaran Lenovo Yoga 9i 14 inci yang diperbaharui di Malaysia pada harga RM7,299. Yoga 9i terkini menampilkan cipset Intel Core Generasi ke-13 dan memberikan prestasi yang lebih mengagumkan.

    Pelanggan yang membeli Yoga 9i baharu di mana-mana kedai eksklusif Lenovo (LES) dari 11 hingga 26 Februari 2023 layak membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM3,315.

    Ini termasuk Lenovo Gaming Monitor QHD 27 inci bernilai RM1,249, Yoga Mouse dengan Laser Pointer bernilai RM209, Grab Gift Voucher bernilai RM330 dan banyak lagi sementara stok masih ada. Pelanggan juga boleh menikmati Perlindungan Kerosakan Tidak Sengaja (ADP) selama 1 tahun bernilai RM299 dengan hanya RM1.

    Lenovo Yoga 9i adalah komputer riba 2-dalam-1 yang direka dengan engsel 360 darjah dan skrin sentuh dengan pilihan untuk bertukar antara mod komputer riba atau tablet. Ia dilengkapi dengan Windows 11 dan cipset Intel Core i7-1360P Generasi Ke-13 yang digabungkan dengan grafik Intel Iris Xe bagi menawarkan prestasi yang tinggi.

    Yoga 9i juga mempunyai bar bunyi berputar Bowers & Wilkins yang pertama di dunia dengan pembesar suara quad dan Dolby Atmos. Dalam pada itu, ia mempunyai skrin sentuh OLED 2.8K dengan bezel nipis, VESA DisplayHDR 500 True Black dengan ketepatan warna DCI-P3 100% dan kadar penyegaran semula 90Hz yang boleh dikawal dengan togol mudah Fn+R.

    Berikut merupakan rangkaian penuh ciri peranti yang direka untuk meningkatkan pengalaman bekerja dan hiburan:
    • Kuasa Pintar – mod prestasi yang membolehkan prestasi lebih tinggi atau hayat bateri lebih lama.
    • Kabur Latar Belakang – membantu melindungi privasi persekitaran seseorang semasa panggilan video.
    • Vibe Check – membantu pengguna melihat dengan lebih baik perbezaan antara profil audio untuk pengalaman mendengar yang lebih memuaskan.
    • Mod Warna – membantu pengguna menukar penampilan sistem mereka antara mod gelap dan terang melalui ciri tetapan warna asli dalam Windows.
    • Pengimbas Cap Jari – untuk log masuk ke Windows dan aplikasi yang serasi dengan mudah.

    Ketahui lebih lanjut mengenai Lenovo Yoga 9i di laman web rasmi Lenovo di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR tersedia di HONOR Experience Store terpilih pada 5 Mei...

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR yang hangat diperkatakan ketika kemunculannya kini boleh dibeli di kedai HONOR Experience Store terpilih mulai 5 Mei...

    Astro bakal tayangkan semua perlawanan Liga Malaysia dalam HD, UHD secara percuma!

    Liga Malaysia musim baharu 2024/25 yang membawakan sebanyak 219 perlawanan bakal ditayangkan secara Definisi Tinggi (HD) di Astro bermula 10 Mei ini....

    Google membayar Apple ~RM95 bilion pada 2022 kerana jadi enjin carian utama peranti

    Google membayar Apple $20 bilion (~RM95 bilion) pada 2022 untuk menjadi enjin carian utama bagi Safari pada iPhone, iPad dan Mac, lapor...

    Acer Nitro V 16 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” mampu milik bermula RM4,899

    Pada hari ini, Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming mampu milik Acer Nitro V 16 iaitu komputer Nitro pertama yang dilengkapi pemproses...

    realme 12x 5G dilancar di Malaysia: Skrin 6.67″ 120Hz, Dimensity 6100+, kamera utama 50MP...

    Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan satu lagi telefon dalam siri realme 12 iaitu realme 12x 5G. Ia merupakan varian yang paling...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X