More

    Modern Warfare 2 versi ‘remaster’ mungkin akan dilancarkan esok

    Nampaknya peminat francais game Call of Duty akan menerima satu lagi berita menarik selepas pelancaran Warzone pada awal bulan ini. Menurut senarai dalam German PlayStation Store yang kini telah dipadam, Activision akan melancarkan game Call of Duty: Modern Warfare 2 versi remaster pada hari esok.

    Remaster tersebut hanya melibatkan kempen pemain berseorang (single-player campaign) dan tidak termasuk mod multi-pemain. Ia akan dijual pada harga €24.99 (~RM120) di pasaran Eropah, manakala pemain yang membeli Ghost Bundle dalam Call of Duty Warzone atau Call of Duty Modern Warfare versi 2019 pula akan mendapatkannya secara percuma.

    Kempen pemain berseorang dalam Modern Warfare 2 yang asalnya dilancarkan pada 2009 padat dengan aksi mendebarkan, di mana antara tahap (level) yang paling ikonik melibatkan aksi kejar-mengejar menggunakan snowmobile, menyerang White House dan misi No Russian yang sarat dengan kontroversi.

    Adakah anda ingin memainkan semula kempen pemain berseorang dalam Modern Warfare 2? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured