More

    Poster siri vivo V27 dedahkan reka bentuk belakang peranti dan sokongan 5G

    Baru-baru ini, siri vivo V27 telah dilihat pada kedua-dua Google Play Console dan penyenaraian Geekbench menunjukkan bahawa vivo merancang untuk mengeluarkan barisan itu tidak lama lagi. Kini, satu poster telah dikeluarkan menguatkan lagi kenyataan itu sambil menunjukkan reka bentuk belakang peranti.

    Seperti yang dikongsi oleh @Sudhanshu1414 di Twitter, reka bentuknya kelihatan serupa dengan siri vivo S16 yang dilancarkan di China tahun lepas yang turut disebut-sebut sebagai versi penjenamaan semula. Ia mempunyai bahagian belakang melengkung dan pulau kamera segi empat tepat yang besar.

    Pulau kamera menempatkan tri-kamera berbentuk dan flash LED berbentuk bulat. Selain itu, poster itu juga menunjukkan bahawa siri ini akan menampilkan sokongan 5G atau sekurang-kurangnya satu varian dengan 5G, slogan “aura potret master” serta pilihan warna hijau dan emas.

    Tiada maklumat mengenai spesifikasi peranti ini tetapi ia mungkin dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8200, RAM 12GB, menyokong pengecasan pantas 66W dan menampilkan kamera utama Sony IMX766 50MP. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...