More

    KKD: Isu keselamatan aplikasi MyJPJ telah dibaiki sebelum ia dilancarkan

    Pada minggu lalu, Menteri Pengangkutan mengumumkan bahawa pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan masing-masing di tingkap kenderann, sebaliknya mereka hanya perlu menunjukkan dokumen tersebut melalui aplikasi MyJPJ.

    Segolongan rakyat menyoal berkenaan keselamatan data peribadi yang akan disimpan dalam aplikasi tersebut. Bagi menjawab isu ini, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata sebarang kelemahan keselamatan yang dikesan dalam MyJPJ telah pun diselesaikan sebelum ia dilancar secara rasmi pada minggu lalu.

    Agensi keselamatan siber negara, CyberSecurity Malaysia (CSM), telah mengenal pasti kelemahan aplikasi tersebut sewaktu ia masih dibangunkan. Fahmi berkata ia bukanlah kelemahan yang terlalu besar dan ia telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk diselesaikan.

    Beliau juga berkata CSM akan membuat pemantauan terhadap semua prasarana siber yang diguna oleh pihak kerajaan, termasuklah aplikasi dan laman web bagi mengurangkan pencerobohan dan menjami keselamatan siber rakyat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured