More

    Xiaomi 13 Lite hadir dengan “Dynamic Island”, ikut jejak Apple

    Menurut laporan baharu, Xiaomi 13 Lite mungkin merupakan Xiaomi Civi 2 yang dijenamakan semula. Peranti itu sebenarnya mempunyai potongan kamera berbentuk pil di bahagian hadapan. Jadi, Xiaomi 13 Lite mungkin mempunyai ‘Pulau Dinamik’ sebaik sahaja ia dilancarkan.

    Untuk pengetahuan, fungsinya tidak sama seperti Pulau Dinamik yang Apple hasilkan. Potongan kamera berbentuk pil ini mungkin hanya untuk kamera dan tiada sebarang fungsi tambahan di sekelilingnya. Namun, pengguna sentiasa boleh menambahkannya melalui apliaksi pihak ketiga.

    Walau bagaimanapun, terdapat laporan muncul pada bulan September mendakwa bahawa Xiaomi dan realme sedang mempertimbangkan ciri jenis Dynamic Island. Jadi, Xiaomi mungkin akan mengejutkan kita dengan pengeluaran telefon akan datangnya.

    Berdasarkan reka bentuk produk, ia akan menjadi Xiaomi Civi 2 penjenamaan semula yang telah pun dilancarkan di China. Telefon ini dijangka menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 dan paparan AMOLED FHD+ 6.55 inci dengan kadar penyegaran 120Hz.

    Baterinya berkapsiti 4,500mAh menyokong pengecasan berwayar 67W. Terdapat pengimbas optik bawah skrin untuk mengimbas cap jari pada paparan pada telefon. Kamera utama IMX766 50MP akan disokong oleh kamera ultralebar 20MP dan kamera makro 2MP. Bahagian hadapan terdapat dua kamera swafoto 32MP dan salah satunya akan menjadi ultralebar.

    Xiaomi 13 Lite dijangka dilancarkan bersama Xiaomi 13 dan 13 Pro. Kedua-dua telefon itu sudah pun dilancarkan di China tetapi tidak di peringkat global. Xiaomi mengesahkan akan melancarkan siri Xiaomi 13 secara global pada 26 Februari ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured