More

    Pengguna Yoodo kini boleh dapatkan pas percubaan 5G, bermula RM18/bulan

    Pada minggu lalu, Yoodo telah mengacah dengan menunjukkan rancangan 5G yang akan datang. Kini, Yoodo akhirnya memperkenalkan tawaran tersebut di laman rasminya di mana pelanggan Yoodo boleh mendapatkan percubaan 5G percuma.

    Jika anda pengguna Yoodo sedia ada, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Yoodo dan pilih “Pas Percubaan 5G” secara percuma. Walau bagaimanapun, data mudah alih akan bermula dari 10GB serta menetapkan jumlah minimum panggilan dan SMS. Pas Percubaan 5G akan bermula daripada RM18 sebulan.

    Yoodo mempromosikan Pas Percubaan 5G dengan kelajuan internet 10x lebih pantas daripada 4G, data yang lebih besar dan kependaman (latency) yang dikurangkan. Kepada yang berminat, Yoodo menyediakan SIM percuma atau mengaktifkan eSIM jika anda mahu.

    Percubaan percuma 5G kini tersedia sehingga diberitahu kelak dan pastikan telefon anda mempunyai sokongan 5G dalam tapak liputan 5G. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Pas Percubaan 5G Yoodo, anda boleh lawati laman rasmi di sini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured