More

    HONOR Magic5 Lite dilancar: SD 695, skrin OLED 6.67″, kamera 64MP dan bateri 5,100mAh bermula ~RM1,788

    HONOR mengumumkan telefon pintar HONOR Magic5 Lite di Perancis yang juga merupakan HONOR X9a yang dijenamakan semula untuk pasaran Eropah.

    Honor Magic5 Lite membawakan paparan OLED 6.67 inci melengkung dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 120Hz. Panelnya menyokong warna 10-bit, membawa pemalapan PWM 1920Hz dan dilengkapi dengan pengimbas cap jari dalam paparan. 

    Terdapat potongan lubang tebuk menempatkan kamera swafoto 16MP di bahagian atas manakala bahagian belakangnya membawakan pulau kamera bulat yang besar dengan kamera utama 64MP, lensa ultralebar 5MP dan kamera makro 2MP. 

    Magic5 Lite dilengkapi dengan cipset Snapdragon 695, RAM 6GB, storan 128GB, Magic UI 6.1 berdasarkan Android 12 dan dilengkapi bateri 5,100 mAh dengan pengecasan pantas 40W. HONOR Magic5 Lite disediakan dalam warna Midnight BlackEmerald Green dan Titanium Silver berharga €379 (~RM1,788) untuk varian 6/128GB.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...