More

    OPPO Find N2 Flip dilancar ke pasaran global: Dimensity 9000+ dan kamera Hasselblad pada ~RM4,483

    Akhirnya, OPPO Find N2 Flip telah dilancarkan untuk pasaran global membawa ciri-ciri menarik sebagai telefon boleh lipat. Ia berharga £849 (~RM4,483) yang lebih murah berbanding Samsung galaxy Z Flip4.

    Ia mempunyai paparan penutup OLED 3.26 inci dan paparan dalaman AMOLED 6.8 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, gamut warna DCI-P3 dan kecerahan puncak 1600nits. Paparan dalamannya agak panjang dan nipis pada nisbah aspek 21:9. 

    Telefon ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 9000 Plus, RAM 8GB, storan 256GB dan bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 44W. OPPO mengatakan ini cukup pantas untuk pengecasan penuh dalam masa kurang dari satu jam.

    Find N2 Flip mempunyai sepasang kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan ultralebar 8MP manakala kamera hadapan dalam takuk menempatkan kamera swafoto 32MP. Anda boleh menggunakan kamera utama ini untuk mengambil swafoto apabila telefon dilipat.

    Kmeranya turut disokong oleh cip Marisilicon X untuk pengimejan yang lebih baik dan sistem Hasselblad bersama mod khusus Xpan supaya gambar kelihatan lebih sinematik.

    Daripada segi perisian, Find N2 Flip menggunakan ColorOS berdasarkan Android 13 dnegan empat tahun kemas kini versi Android utama dan lima tahun kemas kini keselamatan. Spesifikasi lain termasuk penarafan IP kalis air IPX4, pengimbas cap jari di sisi kanan serta dua warna pilihan iaitu Moonlit Purple dan Astral Black

    Paparan penutup yang kecil turut menyokong widget untuk cuaca, kalendar, Spotify dan banyak lagi untuk memudahkan pengguna. OPPO mengatakan bahawa Find N2 Flip dinilai untuk bertahan dalam 400,000 kitaran lipatan.

    Telefon pintar ini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia namun kami masih tidak mengetahui tarikh rasmi dan harganya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...